December 31, 2012

The scariest thing about distance is that you don't know whether they'll miss you or forget you.

December 28, 2012

الفاتحة

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



*******


Al-Fatihah to arwah Kak Ezy (Siti Izzati Hashim), Visionaries 0610.
A pretty, young lady with such a sweet smile that would make the others around her to turn twice just to adore one of His great creation of creatures on this planet Earth.
A soft and kind hearted.

Arwah baik, baik sangat.

Allah lebih menyayanginya, InsyaAllah arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.



December 25, 2012

These are some pieces of mind that these great people had kindly shared;

You don't marry someone that you can live with, you marry someone that you can't live without. I look forward in growing old with the one I love. Marriage; this is the moment that will change my whole life, insyaAllah.
- Rayyan, the newly wed -


It has been four years, and she'd grown up. She becomes so much better now.
- As Firdaus -

A nice man with good attitudes and good muslim, for me. A man who didn't give up on me even though we rarely meet nor contact. No reason for me to say no. In a right way, I started without bercinta, and everything's on the right track. Bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah.
- Dena Bahrin, engaged in 19 and married in 20 -

This thing will make us happy, everyone will be happy. InsyaAllah awak akan bahagia dunia akhirat.
- Dena Bahrin's mom - 

Pertemuan itu kadang-kadang tak disangka, namun Tuhan lebih mengetahui semuanya. Cinta tak datang dengan sendirinya, tetapi perlu dicari.
- Azmi -

The lecture is annoying now. Well, when you are married it will be worst, because you are like there in your face nonstop, then it'll be very testing.
- Maria Elena's mom -

We're different but same in some ways and things I cannot cope, he will be there helping me. We are compatible; he's lacking in some things and I'm lacking in some things too, but we can meet some point.
- Maria Elena, famous vlogger -




Marriage.
Kahwin.

Satu perkataan, tapi makna dia perghh besar gila.

Daripada single jadi double.
Daripada alone jadi with somebody.
Daripada one jadi two.
Daripada tidak disayangi jadi yang disayangi.
Daripada tidak dicintai jadi yang dicintai.

Dan yang paling penting, hubungan tersebut halal di sisi agama, menjadikan ia sesuatu yang lebih indah dan lebih bermakna.

'Hahahh. Tak terfikir sampai situ lagi. Lepak ah, umur baru berapa an. Enjoy dah.'

Itu ayat normal aku bagi kepada mereka yang tanya pasal kahwin masa aku tengah dalam zaman kena pegang buku sekolah.
Orang bincang pasal siapa kahwin dengan siapa, baju kahwin, hantaran adik beradik dia ke, artis mana kahwin ke, apa ke, aku malas nak hirau. Angkat kaki, tak pun tarik earphone, on playlist kat iPod.
In fact, pergi kenduri kahwin macam benda last yang aku akan terfikir nak buat bila balik rumah masa pulang bermalam. Alasan normal; malas nak iron baju, malas nak pakai baju kurung, malas nak siap. Takde ah, bagi aku, dia kahwin jugak an kalau aku tak pergi. So, it's not a big deal pun if I didn't attend it.

But then, when I was no longer in the book mode, my mom started to force me to attend those wedding and stuffs.

Mama : Bila lagi kakak nak kenal orang sekeliling, sedara mara? Nanti orang ingat adik is the only daughter.

Me : Lohh, takpa la kan. Bukannya kakak kenal pun. I will be like sitting there alone. Mama orang kenal, it's fine then for you.

Mama : That's why mama suruh ikut, mama nak kakak kenal, diorang pun kenal kakak.

Me : Tapi..

Mama : No more buts. Lagi pun mama tak masak, dapur tutup. No lunch for you, lapar baru tahu.

Me : *maggi kan ada, boleh je masak*

Mama : Pergi siap, NOW. You have to go, and IT IS A MUST.


Fuhh.
So that's how a normal 'conversation' goes before each and every wedding that I was forced to go.
Teruk an, hahahh.
Entah la, tak tahu la awat tahap kemalasan nak pergi tu amat-amat la tinggi levelnya.

But then, from time to time, I started to enjoy it.
Starting from the food, the crowd, the family, the smiles, the colours, the flowers, the things related to the wedding.
And the most important thing is; the newly-weds.

Dari satu ke satu wedding, I started to not to be forced.
Dengan kerelaan sendiri, that is to be exact.

*banyak wehh sebenarnya, boleh naik bertan-tan berat aku, banyak gila makan nasi minyak*

The feeling of excitement grew wilder as I started to tag along the camera and keep on editting the weds pictures.
It's a beauty.
A beauty that has been given by Him, that has laid right in front of my closed eyes all this while, that has turned this childish mindset into something that is more firm and mature.
Alhamdulillah.

Baru aku sedar.

A wedding is the turning point for you to become better. InsyaAllah.

Dan tak salah pun kalau aku attend, memeriahkan majlis, mendoakan kebahagiaan yang diraikan.
Macam yang mama cakap, yeah, I have to agree with her. Perjalanan hidup mama lagi panjang daripada aku, confirm la mama lagi arif bab asam garam pahit manis hidup ni an.

So,
perkahwinan itu sesuatu yang baik untuk diraikan, malah dituntut oleh agama untuk kita turut serta dalam majlis tersebut.
Lagi pun, satu hari nanti kita akan kahwin jugak kan?




p/s:
And yeah, I will too, one day. InsyaAllah, the day will come.

December 24, 2012

I was told what to do.
Yet I was told not to cry over it.

Thank you.

December 23, 2012

Hati Manusia, Allah yang jaga. Hati orang ni, kita tak boleh jangka. Macam hati kita jugak. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kadang tak tahu. Sampai kadang kadang memang rasa, Allah je yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain. Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.
- Dena Bahrin -



Hati dan perasaan.
Dua benda yang saling berkait. Perasaan terbit melalui hati, hati yang meluahkan perasaan.

Yang Di Atas itu Maha Berkuasa.
Yang Di Atas itu Maha Bijaksana.
Ynag Di Atas itu Maha Mengetahui.

Everything is perfectly arranged, it can't be denied.

Cuma, manusia yang tak pernah reti nak menghargai.
Hahahh, ayat cliche, entah berapa banyak kali ayat ni diperkatakan. Tapi setiap kali ia diperkatakan, ada ke yang ambil peduli apa maknanya? Or just take it easy?

'Alah, ayat je pun. Pahal lu nak bising.'

Memang ia sekadar ayat, tapi makna tu, mendalam.

Cuba duduk diam diam, and try to think, wisely, and deeply.

Hati or liver in English.
Liver is for the synthesis of protein, it is where the breakdown of protein into smaller size is occur, kalau mengikut buku Biology Form 4 in Chapter 4.
But that is technically.

Secara tersirat, hati meng'excrete' perasaan. *Amek kau ayat, bio hah keluar*

Atas dasar itulah semua makhluk yang bernyawa di atas muka bumi Tuhan ini dikurniakan perasaan, sebab wujudnya hati.

But human beings are special as they are gifted with great minds and intelligence for them to think wisely in order to react rationally according to their own feelings. However we aren't being grateful as we simply take it easy. We let our feelings to control our minds instead of the other way. And that is why people are reacting out of order these days, this is why.

Tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain, tindakan diambil secara sesuka hati. Inilah yang dinamakan mementingkan diri sendiri, tak guna akal fikiran, hanya memikirkan hati dan perut sendiri. Lebih rela melihat diri sendiri ketawa dan orang lain dalam kesusahan daripada orang lain ketawa dan diri sendiri dalam kesusahan. Bunyi macam tak adil, tetapi itu merupakan satu sedekah. Tak cakap pun suruh buat baik, but at least tak menyusahkan orang lain, in fact menyenangkan orang lain.

Apa salahnya kalau letak tepi perasaan sendiri untuk seketika dan cuba letak diri sendiri dalam kasut orang tersebut?

Jaga perasaan orang lain tak bermaksud kita minta orang lain buat benda yang sama, walaupun itu yang sepatutnya.
Jaga perasaan orang lain tak bermaksud kita minta diri kita diingati.
Jaga perasaan orang lain tak bermaksud kita minta diri kita dihormati.
Jaga perasaan orang lain tak bermaksud kita minta diri kita dikenang.
Jaga perasaan orang lain tak bermaksud kita minta diri kita disayangi.

It is just a matter of humanism.
Perasaan saling menyayangi, mengasihi dan mengasihani sesama insan.
Allah pernah berfirman; 'Hablu Min Allah, Hablu Min An-nas' yang bermaksud hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia.
Kalau Tuhan yang sememangnya sempurna dari segala aspek meletakkan hubungan dengan manusia di kedudukan yang begitu tinggi, apa hak kita yang begitu kerdil ini untuk menidakkan, membahaskan dan menolak kesahihahnya dalam hidup ini.

This is just a piece of mind.

Kalau ada orang yang boleh bertindak rasional dengan turut memikirkan perasaan orang lain atas tindakannya, kenapa tidak kita?
It is not impossible to be done, that's for sure.



p/s:
Jujur bermakna berterus-terang. Jujur bermakna boleh dipercayai. Dan jujur bermakna tidak melarikan diri dari sesuatu yang sahih walaupun ianya sesuatu yang amat pahit apabila ditelan.

December 20, 2012

Grand Finale Bash; the epilogue of 2012 but not the closure for us

The title had stated it, so yes indeed; this might the final for this year, but that doesn't mean we will not do it again. *evil face, winkwink :p*

Today's date is TRIPLE-SO-AWESOME; 20-12-2012. Untunglah Mang, hang lahir nombor lawa. Ni kot sebab hang terror maths, sejak azali nombor dengan kau cam ada chemistry, bhahh.

Oleh sebab tarikh itu begitu lawa, kawan-kawan kesayangan Mang ni ada sesuatu yang amat lawa untuk Mang yang seorang ini. Apa lagi kalau tak uli dia dengan tepung dan telur, hehehh. Nasib kau la Mang, kepala kawan kau ni semuanya senget, entah bila nak jumpa kelurusan jalan tu pun aku tak tahu la.

Planning birthday prank ni kat twitter, sedikit kesakaian di situ. Bukannya DM ke apa, publicly mentioned. Wa repeat, PUBLICLY MENTIONED. Bak kata Yuyu, aku rasa budak sekolah yang online dah beramai-ramai tahu agaknya yang kitorang nak bash si Mang ni. Kalau Mang baca memang habis planning, tapi niat yang baik sentiasa dipermudahkan urusan kan, oleh sebab itu kanak-kanak ini sangat lega apabila mengetahu Mang tak online sepanjang planning itu di'mention'kan.

Aku ngan Yuyu antara mastermind prank ini, supposely Melloy ada bersama, akan tetapi makhluk yang seorang itu nun jauh di Kedah, terpaksalah otak yang berdua ini digunakan. Tapi sumber idea Melloy tetap diguna pakai, although perbezaan jaraknya merentasi selat. *perghh ayat, memey anak Cikgu Su :p*

So, peralatan yang digunakan ialah otak gila kawan-kawan Mang, tangan dan kaki, sedikit kenakalan, secubit putar belit keadaan, tepung 1 Malaysia (kami sokong kerajaan) dan 10 biji telur yang berharga 38 sen setiap satu.

Gather di LRT Putra Jelatek; aku, Yuyu ngan Farah dari Gombak, Adrina dari Setiawangsa and Zaidah dari KTM Sungai Buloh. Aida awal-awal dah fly dari Sabah to KL, so dia gerak sorang dari Bandar Mahkota Cheras. Berjanggut jugak lah dia tunggu dekat depan Giat MARA tu, tapi yang peliknya air yang minah  ni minum tak bergerak la pulok.

Targetted prank location; tempat ala-ala jungle trekking (ayat Aida) bawah flat Mang, belakang sikit dari rumah Yuyu.

And this is how it was.

Starting dengan planning kronologi while hantar Ad pergi amek Mang kat rumah dia, kononnya nak ajak celebrate kat KLCC.

Muka Yuyu, semangat punya mastermind



Phone tu dah macam walkie-talkie, ada la ciri-ciri James Bond nak settle case :p



Ad call, which means, ACTION IN 3, 2, 1; BOOM!! TEPUNG DAN TELUR IN ACTION.

Siapa suruh Mang lari, kecapekan eden nak mengejar, ingat aku ni sprinter --'






Muka freak? Mang kejar, makhluk tu dah la halus, main menyelinap, laju pulak tu

Teruk doe minah ni kena uli, sikit lagi boleh goreng jadi cekodok


MANG, PADAN MUKA KAUUUU


And the prank is a success! Thanks to the crew, we made a very great job.







Mehh aku cerita peranan satu-satu makhluk;

Yulaina - badan kecik, kepala senget plus evil tahap dewa
Ramizah - kepala senget but baik sikit 'evilness'nya
Farah - penganjur tempat sleepover, macam mak orang gayanya
Ad - pelakon terhebad pancing Mang turun bawah, doraemounn
Aida - pelakon import datang naik kereta angin, Sabah mali
Zaidah - baker walaupun sedikit hangus tapi sedap, photographer






Yuyu, pernah ke tak evil. Tak padan dengan badan kecik, otak dia mak aiyhh


Tengok muka Mang, tengok muka aku. Dah macam before and after :p





Mintak ampun dengan Mang? Tak payah, dia sudah arif dengan kesengetan kawan-kawan dia ni. Kawan kan? Hahahh. Budak baru nak jadi 17 masa orang lain dah berabad-abad jadi 17 memang patut ditimang sebegini rupa dan gaya.



Home-made chocolate cake yang gila mampat gila sedap gila perghh, credits to Zaidah. 

Dah tu hang out ah, apa lagi. Itu Times Square kami tuju walaupun masing-masing kecapekan.


Hazrina kata aku ada rupa gangster. Punya la ayu ni, haiyhh.

Pakcik interfere, hahahh :p

Pn Kalthom, tolong kitorang settle maths kat sini boleh?




Jadi inilah rupa dan bentuk kawan yang sebenar, bhahahh. Kau ada? Takde kan, hahahh. Takde la, ini cara aku, cara kawan-kawan aku. Kepala memang senget, nakalnya tak terkata, otak tak tahulah bila jumpa jalan betul. Tapi tak kesah macam mana pun diorang ni, hati makhluk-makhluk ni sangat suci, wa tak tipu dan tak boleh nak deny. Penguat semangat, tukang tampal senyum, tukang dengar cerita, tukang buat lawak, kaki tidur dalam kelas, kaki tak siap homework, supplier barang haram kat hostel, supplier spot questions time trial, kaki main kejar-kejar, geng kena marah, geng buat dajal, geng langgar peraturan, tukang lap air mata, machine laughing gas dan macam-macam lagi ah; ni lah orang-orangnya. 

Dengan makhluk-makhluk ni cakap boleh lepas, kutuk depan-depan perkara normal, share gossip itu wajib, simpan rahsia kalau tak kena penggal, jadi diri sendiri dan tak perlu cover or hipokrit, tak payah susah-susah talam dua muka, bagi idea yang tak kurang munasabahnya time nak settle problem, penguat bila boyfriend buat hal atau act macam haremm. Sebab dalam hati aku tahu, kita care for each other kan. Tak payah luah pun aku tahu, bhahahh :p


And this is why I keep on saying I rather lose a boyfriend than you; my truly girlfriends.



Azima Millata Audina Multazam; le birthday girl.
Mang, kiorang sayang kau, sebab tu kitorang buat benda ni. Mungkin pelik cara kitorang zahirkan kasih sayang kitorang ni kat kau, but you should know your friends better kan.
HAPPT SWEET 17TH MANG :)




p/s: Thanks Zaidah for the pictures :)

December 18, 2012

Tanpamu by Amir Jahari


Selamat Pagi Semua, dengarkanlah nada
Suara dan irama, yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu


Tanpamu ku kan terlewat

Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati



Saat 7 pagi akan ku tersedar

Mungkin kerana kau, aku dapat merasa


Embun pagi yang lembut

Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut



Tanpamu ku kan terlewat

Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati



Tanpamu ku kan terlewat

Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati



Tanpamu ku kan terlewat

Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati



Tanpamu,

Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati



*************

Lagu ni straight, takde deep meaning bagai pun.
Tapi entah ah, fall in love with it first time dengar dalam cerita Istanbul Aku Datang.
Sanggup cari adik tanya ni lagu apa, siap buat demo nyanyi lagi, sangap punya pasal.
Berhari hari lagu ni dengan aku, bila teringat beat dia memang kaki dengan automatik berdetak detuk.
Entah ah, I just love it, yet it can't be described with any word.
Hahahh sakai.

Tapi tapi tapi,
malam semalam mimpi ada orang main guitar and sing this song for me.
Acoustic tu.
Wakakakaa, sumpit boleh cair wa cakap sama lu.
Haiyhh ~ ~ ~ ~
Hahahh.

Gila kauu, wa memang cair dengan mereka mereka yang boleh main musical instuments, lagi lagi keyboard. Ada satu macam aura yang boleh buat aku melekat tengok makhluk tersebut main, berjam jam pun takpe, kot, hahahh, macam aku tengok Arief main lagu Secret Garden dengan flute that night, bhahahh. Hahh lagi satu makhluk; Dann. Memey ah aku kepala angin dengan dia, tapi time dia main keyboard malam dinner tu, perghh wa cakap sama lu, aku boleh tak bergerak tengok dia although level keserabutan in handling the event that night dah takat cam lava nak meletup. Cehh, hiperbola --'
Hahahh.
Gila ah aku ni, ngekk.

Sadly, itu cuma mimpi.
Sayangnya aku tak nampak muka orang yang main tu.
If only it would happen in real life.
If only.
If and only if.
**dah keluar dah ayat Modern Maths --' **

But seriously, if only there is somebody out there that would do it.
Perghh, Prince Charming la kot, woot woot.

Dah dah wake up oi.
Tengah tengah alaf 21 ni mana ada Prince Charming la gila, jauh sangat imagination kau tu.
Dah dah, stop dreaming.
No wayy ada lelaki macam tu ini hari.

*tapi kalau ada, alangkah bahagianya, hahahh*




December 8, 2012

EMINENT 0812; the bond between us is unbreakable, right?

EMINENT;
yang terhormat.

Nama nak bajet je an.
Hahahh.
So what, that is us. Bajet pun bajet la. But we stand as one by this name, and everything about us started with it.


Credits to Kamal Ghufran



Tak tahu ah nak cakap apa, tapi sekalian mereka yang duduk di bawah nama batch ini amatlah pelik perangai nya. Each of us; all 134 members, got our own way in representing ourselves. Nak sebut satu satu, tahun depan baru aku publish benda ni agaknya.
But that makes each of us special.
Lain daripada yang lain.
Macam ayat orang orang yang berani bawa diri to the public; DARE TO BE DIFFERENT.

Well..
Tak kesah ah camne teruk or baik pun kita, itu yang menghidupkan 5 tahun kita di Sekolah Menengah Sains Selangor kan. Through the ups and downs, high and low, pain or sweet, we're all in together.
Although ada jugak part yang ada di antara kita berpecah, masing masing ego; including aku sendiri. Masing masing ada pendapat masing masing, masing masing ada stand masing masing, masing masing nak orang lain tahu yang dia betul.
But at last, with a single smile, and a single word which is 'Sorry', kita jadi satu balik an, walaupun dalam hati ada yang cam 50-50 nak together balik. 


5 tahun weh.
Takkan sebab satu hal nak putuskan bond yang kau bina sendiri.
Buat salah, semua pernah buat. Memang sakit nak maafkan orang, lagi lagi kalau melibatkan maruah.
But do think wisely, kalau buat camni, forever pertahankan ego sendiri, sampai bila masalah nak settle. Sampai bila kau nak masam muka.
Sampai bila kau nak kutuk, padahal pernah jadi geng, kawan baik lagi.
Aku tahu, cakap memang senang sebab tak rasa.
But look at the bright side, dia pernah jadi kawan aku, and bukan dia tak pernah buat baik dengan aku, and bukan aku tak pernah buat baik dengan dia.

Tipu ah, kalau kawan baik tak pernah gaduh.
Kalau dalam family pun boleh jadi huru hara, apatah lagi kalau kawan.

I don't know about you.
But these 5-year life means a lot, tak kesah ah kecik ke besar benda yang jadi dalam 5 tahun tu.
Yang aku tahu, aku baru faham perkataan KAWAN.
Yang aku tahu, aku baru faham perkataan HIDUP.
Yang aku tahu, aku baru faham perkataan BERDIKARI.
And it all started when I started to know you, so thanks to you.


Daripada jadi budak blank yang dapat surat tawaran bertarikh 3 Disember 2007, dan ada orang kata surat tawaran tu sampai 11 Disember 2007, so we start to become a family from that moment.

Start jejak Sains Selangor 8 Januari 2008, mula kenal macam macam jenis orang. Banyak expression time tu, girls mostly nangis ah, tinggal mak bapak, sape tak syahdu oi, dah orang kata perempuan hati kecik. Boys, muka tak tahu ah tahan nangis ke apa, ye ah dah Form 1 an, besar la tu konon, tunduk bawah masa parents angkatkan barang; beg, baldi, bantal busuk. Tapi bila parents dah chiao, ada la pulak yang sedu sedan. Sendiri mahu ingat la an apa jadi first day tu.

2009; Form 2. Dah up sikit, senior weh. Hahahh. Tahun kena buli dengan abang dan kakak Form 4. Nasib la an dapat Form 4 yang otak fius tercabut sket time tu (hehehh, ampunn ya). Tapi, tu yang mematangkan and buat kita rapat dengan senior (kot? Hahahh).

2010; tahun PMR. Tahun macam macam perubahan. Our batch has an experimental value remember? Ya lah, Tuan Haji baru masuk an time tu, selamba je la dia tukar. Oh yeah, tahun tu jugak first time Form 3 ada homestay, and I'm grateful as I was selected as one of them. KUSESS; banyak benda aku belajar dari situ. Mula kenal Eccentric, tapi mereka kata aku sombong time kat sana. Hahahh, sakai. Takpa la, Yang Di Atas lebih mengetahui kot, hahahh.  Alhamdulillah, we managed to get the 10th placing in SBP ranking, bersyukur gila sebab dapat kalah kan batch before. Mengharapkan cikgu memandang kita atas kejayaan tu, tapi, entah la. But we got each other an, so, who cares?

Form 4 orang kata honeymoon year. Padahal berbuih senior zaman dulu dengan cikgu cikgu cakap belajar betul betul, nanti tahun depan time SPM awak merana. Hehh, minority yang dengar. Tahun ni la tahun orang banyak keluar sekolah. Tinggal kelas bagai. Boleh kira berapa hari dalam setahun kedatangan tu full, awal awal tahun boleh la. Tahun ni jugak tahun kita mendajal an; junior, we've been through this, it's a norm okay. Tapi acano, dapat junior gelabah, siap ada 'akujanji' semua, sentuh sket terus masuk bilik HEM, itu macam kasi mamfus sama mereka. Gelabah, macam time kau senior nanti kau tak buat. Kena bukan teruk, tapi gaya macam jadi tepung yang kena uli, blah ah.

2012; final year, senior year, SPM.
Too much to be remembered, yeah too much. Can't be described. Too much unexpected and unwanted things happened, lets just keep it as a memory, deep inside. 
Final year yang menyatukan kita, final year which I supposed semua rasa macam baru kenal and baru bercakap dengan semua orang yang ada dalam batch tu. Hahahh.

Thanks. Thanks a lot.
Aku tahu cara aku pimpin orang tak macam orang lain pimpin, but I tried to make everybody happy.
To those yang pernah kena marah dengan aku, aku minta maaf.
To those yang pernah terasa dengan aku, aku minta maaf.
Satu je aku nak kau tahu, aku sayang kau, sebab tu kadang kadang perkataan yang keluar dari mulut aku atau cara aku tak kena dengan kau. And I am so sorry for that.








Satu je aku harap, dan aku sangat sangat berdoa.
Tak kesah kat mana pun kau, kat mana pun aku, kat mana pun kita, nama Eminent ni tak kan padam.
Merata mana pun kita berjalan, nama Eminent ni masih wujud.
Tinggi mana pun kita berdiri, rendah mana pun kita duduk, nama Eminent ni masih teguh.
Celah mana pun kita berada, ceruk mana pun kita berada, nama Eminent ni masih tersemat dalam hati.
And the most important thing is, kita mengaku yang kita ni Eminent.

I'm praying hard that Eminent would last forever, till our last piece of breath.
Aku tak tahu kau, tapi aku sayang batch ni, sayang sangat sangat, wa tak tipu.



SATURDAY, 8 DECEMBER 2012

IT IS OURS.
HAPPY 5TH BATCH DAY.




truly,
- Ramizah Razali -
the one that you called Yo, bhahahh
imperfect, yet selalu memekak kat telinga kau, hahh

October 27, 2012



بسم الله

Sekarang dah tinggal single digit untuk countdown SPM. Tak lama, pejam celik, pejam celik balik, tup tup dia mai. Cuak tak cuak, tanya la mana mana budak yang amek SPM tahun ni. Kalau dia diam, pastu gelak gelak, hahh sama spesies la tu dengan aku. Nak cakap cuak, tak terluah, nak cakap ready, bertuah kalau betul.

Tipu wehh kalau tak cuak.

Harapan yang aku bawak besar sangat.Mama and Papa especially, tak sanggup wehh nak hampakan dua insan yang dah all out gila gila untuk anak mereka yang seorang ni.

To Mama and Papa,
I've promised to get those 9A's, insyaAllah.
And if Allah wills those 9A's are mine, I'm dedicating all of them for the both of you.

Yes, I'm doing this for Mama and Papa,
and of course, for the sake of my future.

Mr SPM, would you be the sun that would brighten up my life afterwards?
I'm hoping you would be the best date I ever had in my whole lifetime.
No matter what will happen in the future, I want to thank you for everything that you would give me.

Eminents, as I've said, we're in this together.

Bring it on.

September 16, 2012

Read, and weep :')


O Allah, thank you for giving me a chance to realise all this small things but with great meanings. InsyaAllah, I will never ever  forget Papa and Mama's great deeds towards me. I will never ever hesitate to claim that they are my best parents, in fact the best, coolest, awesome-est parents that ever live on this planet. And InsyaAllah, that claim of mine will remain till Jannah :)

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision. The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "none".

The director asked, "Was it your father who paid for your school fees?" The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees."

The director asked, "Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner." The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me."

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning."

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, the mother and the son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: "Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered," I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'

The Director asked,"please tell me your feelings."

The youth said, "Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only now I realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship."

The director said, "This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired."

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?

You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.


August 21, 2012


If I’m not the thought that’s always on your mindIf I’m no the love that’s always on your mindIf I’m no the reason why you dream at night about the love you’ll never looseThen who am I to you

-Schuyler Fisk-






June 1, 2012

Dear Muslims, do take a look at this


5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy



*****

It was narrated from Abu Sa'eed al-Khduri that the Prophet (peace and blessings of be upon him) said: "Whoever reads Surat al-Kahf on Friday, he will be illuminated with light between the two Fridays." 
~ Narrated by al-Hakim ~

*****


Alhamdulillah, this kind of song had never came across me before, not even in my mind. Syukur, there is still somebody out there who do care about Islam, and did something which is artistic about it. Although it's a parody from an American song, and sounds kinda weird, but still, it's good. Who said it's wrong? Islam is beautiful, it can be seen in many ways. The words; they are beautifully arranged, aren't they?

p/s: And I'll never hesitate to say that I AM PROUD TO BE A MUSLIM AND I AM PROUD OF ISLAM :)