December 26, 2014

Eden tak lawo. Sebab tu eden jarang post muka sendiri.

Bukan sebab tak bersyukur, cuma biarlah orang menilai karya den daripada menilik muka den, ye dok?

November 15, 2014

'Pa, kalau convo next year kak takde kat Malaysia, boleh tak kalau mama yang naik stage on behalf of akak nanti?'

Aku tahu angan-angan tu tinggi, sangat tinggi. Amin. Moga-moga diperkenankanNya, permudahkanlah Ya Allah.

November 4, 2014

It's funny when my brain is full of random thoughts whenever I'm in exam/test/quiz/assignment mode.

I just don't understand. So distracting erghh!

November 2, 2014

Iman

DISCLAIMER
Aku bukan ustazah, jauh sekali pakar dalam hal ehwal agama. Tapi apa yang aku nak sampaikan datang dari hati yang terkesan dari nasyid Iman Adalah Mutiara by Raihan. Do correct me if I'm wrong.

*****

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa.

I choose to live in an urban lifestyle.

However, I just realised my definition of urban.

Urban = Well educated, sophisticated, family class, status, wealth

Well, at least those are some of the definitions that are in my head now. And maybe there's more that are similar to those stated above,

Aku tak tahu celah mana iman tu. Sebab iman is not something that could be seen, touched nor heard. It can only be felt, which is I don't know how. 

Teringat ustaz kata, iman boleh turun naik. Kalau iman naik, baru rasa kemanisan hidup.

Dan pada perkiraan aku, iman aku boleh datang dan hilang, which is something yang aku tepis most of the time, takut salah boleh jadi murtad. But seriously I do feel it that way. For an instance, bila family aku boleh gelak gurau, aku rasa iman tu ada sebab dapat rasa manisnya hidup. Tapi bila ada yang marah-marah, aku rasa macam iman tu hilang. Hmm?

Iman adalah mutiara; sebab ia sangat bernilai. Dan bukan senang nak dapatkan iman.

*****

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Aku masih jahil tentang agama. Pemakaian, cara aku bawa diri, cara hidup. Entah.

*****

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai.

I can't get it from pa. Anyway, aku tak tahupun banyak mana iman pa, siapa kita mampu nak ukur? Bukan aku nak kata pa tak cukup iman, no. Well, it's not something that you can inherit through traits and genes, no? So what's the point of measuring it anyway. I got to work myself out for my own iman.

*****

Walau apa pun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat juga dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah.

Well. This hit me the most.

Aku belajar bagai nak gila. Aside from that, aku cuba untuk penuhkan solat lima waktu. And ada yang kantoi though haih. Solat lima waktu tu pun berapa kali je betul-betul lepas azan, tu pun selalunya Asar ngan Isyak, sebab solat Zuhur ngan Maghrib lambat. Paling selalu terbabas Subuh dan Isyak, yang lain sangkut sebab leka dengan dunia.

Mana nak kekal apa yang dah belajar. Tang mana kembali pada Dia?

Bila orang cakap 'Good luck, hopefully you can ace the paper', selalunya aku balas 'amin in shaa Allah'. Tapi, before exam, aku frust sebab tak habis study. Tang mana percaya aku dengan kalimah 'in shaa Allah'? Tang mana yakinnya aku yang aku akan dapat jawab kalau Allah meredhai? Kalau habis study pun, Allah tak redha, tak boleh jugak jawab. Yes, aku baru sedar benda ni.

*****

Galilah lagi. Perang dengan diri kau sendiri, then you know what you're lacking.


November 1, 2014

Bodoh dan bangang

These two words, they're like the top two words that I use to response to something or describing it.

Dia macam ni la lebih kurang;
X: Weh aku jatuh tergolek tadi kat depan kelas!
Me: Hahahaha bangang la kau, mesti cam nangka busuk. Hahahahaha bodoh gila!!


Well, my 'bodoh bangang' did not mean that I'm laughing at my friend as she gets unlucky by slipping in front of the class. But I'm laughing at her because she's so funny for getting herself so clumsy, and I will miss her for that when she's not around or if we're apart later on.

And another situation;
X: Weh!
Me: Kau nak apa do?

Yes, I did end my sentences with 'do' which is short for bodoh most of the time. That part, I think it is because I'm used to saying it. Yeah I know it's bad but still I can't help it.

And well I usually say that 'bodoh bangang' with my close friends, the ones that I'm comfortable with. It would be soooo awkward to say it to strangers or those that I just know by name. Or even worse if I say it to the elders like my parents, grannies and the others, dia cam gilaa kau, respect mana respect, nak kena piat ke apa?

My bodoh is not bodoh-la-kau-otak-lembab-tak-pandai-nokharom tapi bodoh-la-kau-takde-mesti-nangis-rindu.

And my bangang is not bangang-pebenda-perangai-kau-otak-letak-mana but bangang-la-pebenda-perangai-kau-penat-aku-gelak.

October 12, 2014

October 9, 2014

Little things

'Weh, keluar sat. Ada barang aku nak bagi, tapi aku tak boleh nak bawak masuk library.'

Wa tengah discussion, delay sat nak keluar, padahal berapa kali dah 'K weh aku nak keluar jap' tapi sambung drag bincang. Sampai la si ucu masuk dalam library, tunggu kat sebelah meja. Haha sabo je la budak sore ni.

'Jom, aku settle dah ni.'

Ucu buka locker, dan tarik keluar plastik merah.

'Nah. Aku tak mboh mung sedih-sedih doh. I'm not sure which one that you favour, but I hope it heals.'

Sanggup budak ni pergi Jusco demi sepotong kek. Haih hahaha.

I do have weird friends with great hearts.

October 7, 2014

I have this kind of fear; you walked away when I started to fall for you. Once I've fallen for you, it is not easy to reverse the way I feel about you. Cause most of the time, more attractive and good looking person will cross the line and take you from me. And I'm not ready to tear myself, again.

And that is why I've been like this from the start.

October 6, 2014

I keep on having this dream.

Green grass, soft breeze. The smell of wet grass; so fresh. Red and white checkered mat. A basket, with apples and oranges inside. Oh, not to forget, lavenders. On the mat, there are containers with spaghetti and the sauce in it. Yellow plates and white cutleries. 'You' and I, sitting on the mat, facing each other. But I can't see 'you', I'm blinded by the shine of the sun. 'We' laugh, talk and stare at the blue sky.

And it ended there.

The thing is, who is this 'you', and who the hell are 'we'?

Seriously, I've dreamt of 'you' playing guitar before. And now this.

It's either I've read too many novels, or watched too many movies. Or it is about to happen? *shrugged*

Come out, come out, wherever 'you' are.

October 5, 2014

Kita (Prologue)

"El, saya dah nak sampai ni. Are you ready?" tanpa salam, dia terus bertanya sebaik sahaja El menjawab panggilan itu. 'Tak sabar mungkin', getus El sambil tergelak kecil.

"Ya, saya dah siap dah. Nak turun la ni," jawab El.

"Okay, I'll be in front of your house in 5 minutes time," katanya, dan talian dimatikan.

Gambarnya yang telah aku letak sebagai wallpaper handphone membuatkan aku terdiam. Dia sendiri yang menghantar gambar ini, and somehow I just can't stop looking. Something about him, I don't know whether it is his face, his hair, or the way he laughs in this picture. Or maybe I could feel his presence though it is not physically. Now I sound like a girl -.-

'You sure know how to impress me well,' senyumku, lama ku tatap. 'Time flies, people change. And we're unexceptional, aren't we?'

September 5, 2014

Cina-like face.

September 3, 2014

As simple as that

"Hye Ramizah. You look so different today," said Miss Nik, with a cheeky smile on her face.

Maybe sebab hari ni berbaju kurung, dan tudung dililit sebelah ke atas.

Maybe sebab kebiasaannya tshirt dan jeans, dan tudung instant yang tak payah susahkan diri nak iron.

No backpack. No sneakers, but flat shoes.

Haha.

Mana la aku tak sayang Miss Nik ni, demam pun aku gegeh nak pergi class dia.

September 2, 2014

Kawan den dah nak kahwin. At the age of 19. Yes, she's 19, and she's going to get married. YES, 19 AND GONNA GET MARRIED!!

*playback of Dena being proposed*

Rezeki dia; dipermudahkan jodoh. Yang baik pula.

She did left me with an advice; "Macam mana kita sekarang, macam tu la 'dia' nanti. Kalau kita still whatsapp lelaki bila boring, jangan terkejut kalau lepas kahwin 'dia' yang macam tu. Kena start jaga diri dari sekarang. In shaa Allah, adanya untuk hang nanti."

'Dia'.

Dah cukup besar ke doe untuk semua ni. Macam masih semol je.

September 1, 2014

That moment when a picture can turn you down.

Patah hati.

Haha. Haha.

Hopes are for losers, have you heard that before? Because there are a bunch of cheaters out there who snatch those hopes away and claim themselves as winners. So I am one of those losers with hopes.

Oh here's another hope I guess; I hope you're happy.

*someone please steal that away MUAHAHAHAHA*

August 12, 2014

A beautiful mess

I'm a total mess, but unfortunately, I'm not beautiful.

Haha.

My life is more about 'I can't' rather than 'I can'. It's either I really can't do it, or I just don't have the guts.

HAHA.

HAHA.

HAHA.


July 21, 2014

Aku jatuh cinta dengan 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'.

Entah, rasanya dengan Almarhum Ahmad Ammar sekali terkena tempiasnya. Terlalu agung cintanya terhadap Islam, sedangkan aku sekarang leka dengan perkara duniawi.

Nak dibandingkan aku dengan arwah, ya Allah perbezaan langit dan bumi pun belum tentu cukup untuk menjadi ukurannya.

Dah lama pasang niat nak beli, tapi asyik ditangguhkan. 

Semalam lepas berbuka, aku berkata pada Aliah, 'Ni kalau masuk MPH ni tak sah kalau keluar tak beli satu buku pun.' Lalu aku putuskan untuk tunggu di luar sementara yang lain sibuk membelek novel. Tapi hati ini tak kuat, mampu bertahan di luar setakat 10 mint. Kaki terus melangkah te rak top-selling, dan 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' berada di ranking yang pertama, walhal buku tersebut sudah lama diterbitkan.

Niatnya balik nak baca terus, lain yang jadi. Pagi ni sepatutnya study FFM, ada quiz sekejap lagi. Tapi aura Ahmad Ammar lebih memanggil, siapa sangka sekejap sahaja sudah hampir 50 helai aku khatamkan. Jam ditepi dikerling, alaa redha je la quiz kejap lagi.

Ahmad Ammar, tiadanya kau tidak bermaksud perjuanganmu terhenti. Aku antara salah seorang yang tak mampu berpaling dari kisah hidupmu.

June 7, 2014

Perfect parenting

Quoting somebody that I adore by heart though I never met her personally, to make parenting as a perfect process, it's all about love. More or less than that is what follows after love.

Definitely a true fact.

Zaman kanak-kanak aku nak cakap indah, ada pahitnya. Growing as a kid with abang in a family of four before adik came into the picture, hanger yang membentuk aku dan abang about the dos and don'ts. To be honest, during those times, aku pernah sampai tahap benci pa. Papa right now is completely different that who pa was back then, not to say he was bad or what, it's just pa garang gilaa. Nak dekat maghrib kalau tak mandi lagi, berdesup masuk bilik air walaupun time tu baru dengar bunyi pa lock kereta, jejak masuk compound rumah pun tak lagi padahal. And in those times which is zaman hanger masih berleluasa, trademark pa is dia akan ketuk hanger tu pada pintu dulu before hambat kitorang, like a sign of warning. Macam askar, dengar bunyi ketuk tu terus bangun.

And now, abang and I grew up quite well, despite our monyet-ness. And we are still papa's overly-attached kids.

Lain anak, lain cara. Lain mak bapak, lain cara. What you believe to be the right thing for your children will be the best for them in shaa Allah.

Pukul jangan sampai tahap dera, niatkan sebagai pengajaran atau denda.

Marah bukan sampai tahap maki anak dengan carutan macam kau cakap dengan member, niatkan sebagai nasihat.

Siapa tak nak anak yang baik dan dengar kata? Tapi kau fikir balik, kalau anak ni tak nakal, tak thrill ah parenting, and you won't have that much memories to make them attach to you for the rest of your life, though they've grown up and got married.

Doalah untuk yang terbaik.

June 6, 2014

Sayang?

Sampai ke sudah, aku tak faham maksud ni. Mungkin tak akan faham sampai bila-bila kot?

You can't measure it, you can't see it, you can't touch nor hold it. You can only feel it.

That's why people are taking granted of it, maybe?

Hati dan perasaan, I'm such a failure.

June 4, 2014

The sweetest so far

Salam Semua - Sleeq featuring Aaron Aziz

This song say it all.

Janji untuk setia, maksudnya perlu bersabar. Lagi jauh, lagi banyak yang mencabarnya. Perlu butakan segala, perlu tulikan segalanya. 

Percaya pada kata dia.

Tapi kalau betul diperbodohkan macam mana?

Kau kenal dia kan? Kau patut tahu luar dalam dia.

Tapi kalau benar kau diperbodohkan, anggap ini pahitnya hidup. Bila lagi nak rasa? Then move on, and learn from it.

May 30, 2014

Food for the ears

Legends of the Fall by James Horner
Forever Young by Martin Tallstrom
Air by Johann Sebastian Bach
River Flows in You by Yiruma
Moonlight Sonata by Ludwig van Beethoven

Calm and peaceful. And I'm in love with these pieces. I can't even stop replaying them, especially now.

Thanks to these great masterpiece, I really need this.

May 29, 2014

Pasakkan hati pada kaki, paksakan ku tunduk sehingga mati

Alpanya aku sebagai hamba yang hina lagi tidak sempurna; sombong pada dunia, bongkak pada tanah, keji pada alam.

Aku lupa, semua yang ada pada diri ini adalah milik yang Di Atas. Aku lupa. Dan terus lupa.

Dalam per seratus, berapa sangat peratusan aku ingat akan hakikat itu.

Baliklah pada akar kita.

May 26, 2014

V Jaya Day Out in the Park


Say hello to these peeps again!

Our great monitor!

Pujaan hati semua hahaha


I still remember him laughing and crying at the same time (dah Form 5 kot masa tu hahaha) 




Andddd here you go, us with foooooooddddd.


Cuba teka siapa paling nyah kat sini?
Dulu, siap la siapa yang ada makanan, memang sah kena serbu. Intan la selalu ada banyak stok makanan. Paling tak menahan, sebungkus roti jumbo sekali dengan jem. Siap tolong sapu lagi, dah macam mak bagi makan kat anak hahaha.. Bukan setakat kelas kitorang, budak kelas sebelah pun join. Bila Pn Kalthom naik atas, semua tolong backup. Kongsi Chipsmore yang kecik-kecik tu tak payah cakap la, dah selalu sangat.

We nailed our selfie attempt with my DSLR hahaha
Ramzi: I have no idea what are they trying to do..
The twins

Glad that most of us could make it for this meet up. To be honest, ni yang boleh get along well enough throughout the whole year.


May 23, 2014

Barang mainan

Aku tahu hakikat itu.

Tapi entah, aku selesa. Tak tipu, aku rasa secure.

Kau la yang sedap.
Tapi entah, aku tak ambil pusing.

Parah aku ni.

May 15, 2014

Tawar

Mungkin sebab dah biasa.

Mungkin sebab dah biasa dipersenda.
Mungkin sebab dah biasa dipijak.
Mungkin sebab dah biasa disakiti.
Mungkin sebab dah biasa dipersalahkan.
Mungkin sebab dah biasa dimarahi.

Mungkin sebab dah biasa.

Dan muka aku kekal.
Takde riak.
Takde rasa.

Can neither tell whether it is a joke nor serious talk.

Oh well.
I'm immuned.

May 9, 2014

Hate by many. Love by bit, or maybe none beside my dear family.

Aku cuma reti berbahasa dengan jari. Tak mampu nak luah dengan kata.

Penakut? Yes, call me that. An idiot, stupid loser. I care about those who are around me more myself. I rather keep it for myself, than cari gaduh dengan dunia yang sentiasa rasa lebih daripada aku.

Kalau aku reti bermadah dengan lidah, dah lama aku rabak. Depan muka orang, di jalanan.

Kalau nak leleh, sekali tu cukup. Then tutup buku, no more. Kepala dikeraskan, hati dibekukan. Mula panggil aku emoshit, kerek dan sejemaah dengannya. What more should I say? People judge before they knew the truth, the story behind it.

But to be honest, I'm insecure with my own self. Aku ni lalang; being shaped by those that surrounds me. Entah, sejak azali begitu. Mungkin itu cara aku fit in. Got nothing for anybody around me to be proud of, or should I say adanya aku tak bawa apa makna, takdenya aku pun no hal, boleh hidup, no one will die.

I just hope that my family will stick with me. Kalau diorang pun benci aku, then I'll only have You.

May 6, 2014

Janji masa

Aku tak tahu bila, di mana dan bagaimana. But for whatever reason, mati itu pasti. Cara dia, dan kenapa? Wallahualam. Yang Di Atas lebih faham kenapa itu adalah tikanya Dia nak tarik roh dari jasad. Sama ada Dia memang sayang kita, atau Dia ambil kita untuk dijauhkan daripada orang-orang yang Dia lebih sayang.

Cuma satu benda. Aku tak tahu aku mampu tanggung kalau tika itu adalah untuk ma, pa, abang atau adik. Aku tak tahu. Aku tak mampu nak bayangkan. Setiap kali dibayang, atau datang dalam mimpi, laju aku tepis. Tak sanggup dengan natang yang namanya dejavu. Entah mana datang wallahualam.
Kalau sampai tika itu untuk aku, mohon ma ngan pa kuat. Abang dan adik, please support ma ngan pa, jangan korang berteleku sama.

Haha it's not that we never had fun together eyy? Or nangis sama-sama, atau dimarahi bersama-
sama? It's just that masa aku dah sampai. So masa aku dengan kalian sampai sini.

Mati.

Yes, setiap saat yang berlalu adalah saat yang semakin mendekatkan kita dengan mati. That's for sure.

Jika aku pernah berjanji, dan tak ditunaikan, aku mohon ampunkan aku dengan janji masa yang bukan milik aku. Khilafnya itu milik aku; kerana tak sempurnanya diri dalam menyusun waktu.

May 2, 2014

From a cheeky boy to a gentleman

It all started in a midnight, right before Ma's 47th birthday. Duduk bawah satu bumbung, tapi jari gegeh menari through whatsapp.

'Tong tong beli Secret Recipe esok.'

'Boleh, no hal. Kak memang nak beli, but I just don't know how to :('

'Kesian mama. Ma cakap ma tak pernah dapat kek.'

'Tahu, selalunya ma yang belikan untuk kita.'

'Agak ah. Esok kak pergi sekolah adik ngan mama and pa, abang pergi beli kek. Then abang datang sana naik kereta ma.'

*thumbs up*

He's the master mind. Nampak cam lek lek je, benda biasa ah nak celebrate. But this time, for me, it's different, because the idea itself came from abang and he is the one yang beria-ria gilaa plan. Aku sendiri dalam hati dah tahap angkat papan 'speechless'. Sebab it's abang; abang yang selalunya 'okay' 'ya' 'nanti la' 'ikut la' 'apa-apa pun boleh' 'abang ada hal ah'.

'Dah gerak bagitahu. Abang pergi amek kek.'

'Jap, tengah siap'

'Nanti sampai sekolah, kak cakap kat adik, suruh dia konon macam nak amek barang kat dorm. Then kak datang kat kereta ngan adik, kita jalan sama-sama bawak kek pi kat ma.'

'Okay cun.'

'Adik turun dari dorm nanti cakap kat abang. Abang dah sampai nanti abang roger.'

'Alright.'

Sekarang cerita dia dah terbalik, aku yang bawak watak abang yang selaluya response sepatah, abang is so like me yang mangat. Aku tak tahu ah, aku terkedu.

This little thing sometimes is the indicator of how well a person has grown up; their responsibility, the way they cater others, the way they treat their love ones, and of course the way they bring up themselves to each and every person.

And abang, I'm so sure that I, adik, ma and pa can rely on you. Syukur for having you as my brother.

April 22, 2014

Serba serbi serba salah

Kau nak terus terang ngan dia, nak confront dengan tuan punya diri. Tapi kau tak tahu macam mana, sebab kau rasa, or in another word kau assume, dia tak boleh terima apa yang kau nak confrontkan. Kau jadi serba salah; kang cakap dia tak boleh terima, kang gaduh, kang tak cakap berbalik pada kau pulak. Daym.

So kau ambil jalan mudah, kau cerita benda yang kau nak terus terang tu kepada orang yang rapat dengan dia untuk tolong confront bagi pihak kau. Lepas tu mesti kau rasa lega, kan?

Kau sedar tak yang kau lega, tapi orang yang kau minta tolong tu macam cacing kepanasan tak tahu cemana nak buat. Sebijik macam keadaan kau jadinya; 'cerita ke tak cerita eh, aku dah sanggup nak tolong, tapi cemana aku nak cakap, tapi kang tak cakap, alaa payah ah'.

Bersambung la lepas tu dia ni pun pi minta tolong orang lain. Sampai kesudah tak settle.

Haih. Kan senang cerita kalau kau terus terang je sendiri. Kecut tak kecut la. Elok-elok ni just hal between two parties, tiba-tiba terkait pulak sampai tiga empat parti yang lain.

Haih. Bawak-bawak la beranikan diri. Kalau kau cakap elok-elok, in shaa Allah, lambat ataupun cepat, orang tu akan amek iktibar.

Aku tak cakap dia akan terima, aku cakap dia akan amek iktibar. Sebab manusia ni biasa la, wujud ego, walaupun sekecil-kecil alam. Ambil iktibar maksudnya dia akan hadam apa yang kau cakap; either positively or negatively. But then, walaupun negatif, dia akan try ikut intipati apa yang kau cakap. Let say kau cakap ketiak kawan kau busuk. Ada yang positif dia akan cam 'oh ye ke, thanks ah wei bagitahu, nanti aku sabun lebih sikit'. Boleh jadi yang negatif, haa haru macam 'hek eleh ketiak kau wangi sangat ke?'. But then, still, orang tu akan betulkan diri sendiri. See? Dare to speak out.

April 18, 2014

Sayang

As it's a blood-tie.

As a good friend.

As a best friend.

As the best pet in the universe.

As the cutest animal ever.

As the one that you love.

Kau yang relatekan diri kau ngan dia. Pandai-pandai ah kau namakan apa relationship kau dengan the other party untuk suap orang sekeliling yang keep on tanya, hakikatnya kau sendiri yang tentukan apa yang kau rasa sebenarnya.

Penting sangat orang sekeliling ni. PENTING SANGAT. Sebab nak suruh depa ni diam, walaupun kau tahu mangkuk ni semua takkan pernah reti nak tutup mulut yang dah tersedia luas bukaannya. Lagi bising, lagi spread ada ah. THAT'S WHY DEPA NI PENTING SANGAT.

Kadang-kadang aku rasa jadi loner lagi bagus, although you got nobody around you, at least tak payah hadam mulut orang yang potpet macam bertih jagung. Mulut orang, haha, payah aaaa nak cerita. Pandai-pandai ah faham mulut orang ni cemana. Tak pun kau tengok mulut sendiri dulu, faham tak?

April 15, 2014

That silent relationship

Both of us know about it. Realise it. Feel it.

It's just, well, it's there right?

April 12, 2014

Rezeki 'halal'

'Kalau nak cari rezeki, biarlah yang halal.'

Ramai yang kata begitu. So, dalam kepala aku pun dah tertanam ayat yang sama; rezeki kena halal. Sebab nanti nak masuk dalam perut, jadi darah daging.

Tapi benda sekarang, realitinya, aku tak dapat nak memahami tang mana maksud halal yang orang dok usung sana-sini.

Let say, masuk kerja pukul 8, kau kena punch. K kau punch, then kau keluar balik; breakfast, lepak kedai mamak. Kalau setakat setengah jam sebab kau memang tak sempat nak breakfast kat rumah pagi tu k boleh terima ah logik akal alasan kau. But still, dengan Yang Di Atas, pandai-pandai ah kau fikir cemana nak bagi alasan. Tapi yang tak menahannya bila patut masuk pukul 8, but then kau keluar melepak and masuk balik pukul 9 ke 10. Pehh, kejadahnya. Sedap kau makan gaji buta. Sekali pun kau takde kerja nak buat, kau dah kata kat diri kau yang rezeki ni nak yang halal. Masa kau melepak tu dibayar, halal ke idok?

Fikir.

Satu lagi senario. Kau dibayar untuk ajar budak, by hour. But then, budak tu dah datang on time, and yet kau lengah-lengahkan masa nak ajar dia. Dah la tu, bersembang je lebih, ajar ala kadar. Bersembang tu kononnya nak merapatkan ukhwah sesama manusia. Then kau kata kat budak tu, 'Saya bagi awak free time, awak pergi la mana-mana awak nak. Dah sampai masa nak balik nanti baru jumpa saya semula.' Hamoi, kau buat macam tu memang budak suka. Cuba kau ingat balik, kau dibayar untuk bagi ilmu kat budak tu, ataupun nak main cincai? Then kau kata, 'Peduli apa aku.' Ingat balik, mana hilang niat kau nak dapat rezeki yang halal?

Fikir.

Fikir lagi. Kalau perlu renung, ke termenung, haa buat. Asal kau berfikir, apa yang kau dah buat dan apa yang kau tanam dalam pemikiran. Timbal balik kedua-duanya, ada perbezaan ke idok.

That's why orang tua-tua kata, sebaik-baik pekerjaan adalah bertani; tak kiralah tanam sayur ke buah ke gembala kambing ke lembu. Cause what you plough is what you get. Sebijik kau bagi, sebijik jugak yang kau dapat. Adil, setimpal. Tu baru namanya halalan toyyiban.

Nah, sekarang berani lagi nak sebut pasal halal ke haram rezeki ni? Sekarang ni rezeki kau halal ke haram? Apa yang dah masuk dalam perut halal ke haram? Sendiri fikir, sendiri jawab.

April 8, 2014

Mat bunga

Mohon superman turun dan bawa aku terbang ke utara.

Source: Instagram @matpauzi

It's springggggg! Flowers here and there. Ya Allah cantik sangat. Just nak tengok dengan mata kepala sendiri, then snap, then adore. Dan adore. Dan adore lagi. Dan adore some more.

Encik superman, you got a call-up duty here haha.

Special request; lavender.

April 7, 2014



Strawberry, dipped in chocolate.

Great Edibles Recipes: Chocolate Covered "Sativa" Strawberries, Source: http://www.daylightfoods.com/wp-content/uploads/2014/01/chocolate-covered-strawberries.jpg

Please.

Aku akan sayang orang yang bagi natang ni sampe bilak-bilak. Kikiki.

April 5, 2014

Tak dinafikan, hidup aku dari dulu based on apa yang papa bentang depan mata.

'Take it, or leave it, and choose what you want on your own,' he said.

Yes, papa did gave me a chance to choose. And each time I was given the chance, I chose what that have been chosen, or preferred, by pa. Ha. Ha.

Yet at times, I do regret it. And at some other times, I'm grateful that I've taken the path that pa had laid for me.

Entah. Bila susah, confirm aa those doubts like 'serious ke apa yang aku buat ni betul' or 'boleh ke aku ni' keep on haunting me. And alhamdulillah when I managed to pass, I'm so sure that this is it, this is what that have been written for me by Him.

Niat aku sekarang, apa yang aku buat semua, dengan izinNya, untuk pa ngan ma. Mainly for both of them. Masa depan yang cerah aku means masa depan ma ngan pa jugak.

I'm praying hard that everything will go on smoothly. Amin.

Misi mencari 'soulmate'

Kah kah.

Mengundang sangat.

Reason? No licence; so can neither drive the car nor bike. Plus ma ngan pa tak percaya aku boleh ngam dengan mana-mana kenderaan bertayar, except basikal.

So, bila ada partner, or should I say soulmate, senang sikit kaki ni nak dihangkut. Haha bapak aa benefit sengsorang. Dah tu, dari awal asal tak percaya aku nak bawak kereta ke motor ke apa. Kalau tak dah lama jadi freelancer gegeh teroka jalan.

And why did I asked for a 'soul'mate? Aku ni kaki berjalan, kaki makan, kaki cari port lawa amek gambar. So kalau ze partner enggak bisa nahan segala 'kaki' tu, acano nak tolong drive aku. Haha. At least takde ah setakat teman. Boleh ah makan sekali, jenjalan bersama-sama.

Wa memang suka car ride.

Tapi an, ada satu tabiat aku kekadang masuk kereta, dapat aircond dalam kereta pap tidoq. Pebenda ah.

April 3, 2014

"I realised, when I woke up from a happy dream, I'll find myself miserable. In the first place, I should have not dream of it. 

I would like it even if it's for two months, or a month. I just want to be together with her. While doing that, if I can't leave and die, as long as I don't have to wake up from this happy dream, I want to do that." ~ Do Min Joon, Man from Another Star, episode 12


"Each time I'm scared in those days, I'll chant 'papa' to get rid of those fears. This time, whenever I'm scared, I'll chant a different name, which is you." ~ Cheon Song Yi, Man from Another Star, episode 14


That one fine day.

Laugh, scream of joy, cry over the silly jokes. Bebel, marah, endless arguments; yet it end up when you pulled me into your arms and said 'enough of this, both of us are wrong, we'll get things better' and hush me. Straying at the streets on the random nights, playing in the park, a push on the swing, laying on the ground, watching the moon and the stars. Late night food craving, car rides. Make fun of me, tease me, say that I'm ugly.

Anything, random and simple. 

For that who-ever-will-be, I'm praying hard that you'll stay by my side once we've vowed we'll take care of each other. For that who-ever-will-be, I'm praying hard that we will stand strong, at least either of us, whenever those unwanted days in our relationship seem to last forever, and whenever you or me feel like 'stop, this is the end'. 

And of course, I'm praying hard that you are willing to grow old together with me despite my flaws, cause I'll try to accept yours, therefore I'm looking forward that you could the same.

I'm in my final teenage life. Memang macam awal. Macam. But to be honest, 5 or 10 years is not that long. Tipu ah kalau sekali pun sesiapa tak pernah terdetik. Tipu, sangat-sangat. At least, it came, dan kau tepis dia jejauh. Yet at times, it will come back, and haunt you.

Ma dah start pesan, doa supaya dipermudahkan jodoh yang terbaik. Amin. For each and every of us.

March 24, 2014

The sea; it may soothe the soul, but now it has become the biggest challenge in order to scan MH370's location. Indian Ocean; laut yang sunyi, ketiga terbesar di dunia, dan kedalaman lebih daripada 3 km.

I don't deny the fact that the plane might be crashed. But the fact that they've decided to perform solat jenazah ghaib is really heartbreaking, it's like they've loose faith. Seeing the headlines stating 'biggest, deepest condolences' isn't making it any better either. Fine then if it they've found pieces of wreckage, but they themselves haven't confirm whether it belongs to MH370 or not. Kenapa tak kata 'Kita akan teruskan SAR dan further investigation on this matter to gain more information' instead of giving out statement that mereka dah mati. Just sebab flight tu berakhir di situ, terus buat conclusion that they're dead? Yes, I know it has been done by experts. But still, why it's so early to say it? It's like something that could hardly be brained.

And the fact that they've diverted the flight from China to southern Indian Ocean. That is really, really fishy. Satu; minyak hanya cukup untuk tampung flight in the distance from Malaysia to Beijing. Kalau ada extra pun, it's not that much. But why on earth are they turning back and heading south, which the distance is much more further? Aku tak rasa elemen yang that plane is being hijacked patut ditolak. Cuma aku tak faham, apa jenis hijack yang tak minta apa-apa tuntutan.

Or maybe it's suicide. Tapi di sini aku nak tekankan, it's not personally made by the pilot, or the co-pilot. I don't think they have any intention in doing so, except if they were force. But here, I think it's more to a suicide due to political conspiracy. Kalau tengok komposisi penumpang, there are Americans, China citizens, and many more. If it has been hijacked, it is possible that they are warning to either of the countries as the result of the conflict between China and America nowadays. And they're like using Malaysia as their black sheep. Wallahualam. Kalau benar ini hakikatnya, aku mohon orang yang terlibat dalam konspirasi ini dijahanamkan.

Haha. Bunyi macam orang tak boleh nak terima takdir. But this is how I feel right now. Bayangkan family yang terbabit; dah meraung, pengsan.

Wherever it is, I just hope they could be found. Tak kesah la state mereka macam mana pun. Jika hidup syukur alhamdulillah dan sekalipun mati, itu lebih baik daripada tidak tahu di mana mereka.

March 23, 2014

Bahagia

Aku selalu tertanya-tanya.

Kalau aku bahagia, orang lain bahagia tak? Kalau aku bahagia, orang lain boleh bahagia sekali dengan aku tak? Kalau aku bahagia, orang lain bahagia sekali tak dengan aku? Kalau aku bahagia, tak boleh ke orang lain bahagia sekali?

Kalau aku tak bahagia, orang lain tak bahagia ke? Kalau aku tak bahagia, orang lain boleh bahagia sekali dengan aku tak? Kalau aku tak bahagia, orang lain bahagia sekali tak dengan aku? Kalau aku tak bahagia, tak boleh ke orang lain bahagia sekali?

Kalau aku tak bahagia, orang lain bahagia tak?

Pening an. Aku pun dah pening.

Ni kot yang depa dok kata sama tapi serupa, serupa tapi tak sama.

Tapi tu ah, tak boleh ke sama-sama bahagia, sama-sama sedih? Kenapa kena nangis sorang-sorang, ketawa pun kekadang boleh jadi sorang?

March 12, 2014

Mungkin ikan-ikan semua tengah bahagia sekarang, sebab tengah bersuka-ria melepak dalam air.

Dan duduk reramai sambil ketawakan manusia; 'Tu la, dulu suka sangat kacau habitat kitorang. Sekarang nah padan muka kau, takdak air. Ada air pi curah kejadah, dah takde haa rasakan.'

K ikan, k.

March 10, 2014

Hari-hari gelagat Juna aku tengok, magnet dia nak suruh aku view jugak pehh.

Dan bila dah tengok, tahap 'mak oi aku nak anak gak'.

Haha.

Hahahahahahaha.

Sebab baby ke budak baru nak tumbuh gigi ke budak baru belajar jalan ni lawak. They are so alive; aksi dan memek muka. Jernih, luruih ngat. Tulus.

Tengok depa tertawa, rasa nak tertawa bersama. Saat depa ni berjebek, mula buat mulut juih tahan nangis, rasa nak 'weh lek lek' dan tampal cellotape ke apa-apa ah bagi depa ni tak nangih, tak pun serta-merta jadi badut sarkas.

K one day inshaa Allah. Prioriti aku kat benda lain, sabaq naa. Dan ku pohon kanak-kanak sekalian, hangpa jangan la dok comel sangat, hati ni tak dapat ditahan nengoknya. Ya rabbi kurniaan Allah.

March 8, 2014

Baliklah pada akarmu

Aku terbaca;

'Yes, beriman pada qada' dan qadar ni ramai yang tak hayati zaman sekarang. Generasi membesar dengan semua perkara mesti ada jawapan dan logik akal.'

Damn.

Sentap tahap petala. Because I'm one of them.

Lari jauh sangat dah aku dariNya, sikit-sikit aku cuba nak kembali. Benda banyak sangat tapi aku. Part yang paling aku suka jadikan alasan, 'aku muda', 'alaa sekali ni je', 'at least aku dah pernah try buat'. Itu. Ya Rabbi, lari sangat dah ni.

Jawapan dan logik akal; boleh tengok dalam hidup aku yang penuh dengan hows and whys. Selagi tak puas hati, selagi tak paham, selagi tu aku akan tanya. Dan takkan pernah stop, sekalipun orang yang aku tanya dah tahap muak, dah tahap benci. Entah, aku berpegang sangat dengan konsep justice ni. Ya Allah.

Tadi. Baru sekejap tadi, aku hampir mempersoalkan kalam Allah di twitter. Ayat 41 surah Yaasin, aku tanya balik di mana mereka. Ya Allah, siapa aku nak tanya benda macam ni. Kalau Dia dah kata 'kun fa yaa kun', apa yang boleh aku kata. Semua yang ada di alam ni, semua hak dia. Yang aku nak persoalkan lagi dah kenapa. Ya Allah. Kalau aku sendiri pun, orang soal hak aku, confirm kasi pandang slack dan kaw kaw bash balik. Ya rabbi.

Back to Him. Ya rabbi, yes back to Him.

Perempuan.

Apa yang dikata, apa yang diluahkan, semuanya ada kona dan kias. Kata para adam.

Mulut kata lain.
Hati kata lain.
Otak kata lain.

Tapi dia nak orang paham mulut, hati dan otak dia serentak. Kata lagi para adam.

Sebab?

Yang hawa tak nak nampak bagai terhegeh; takut diperlekeh, tak nak nampak terlalu menyimpan atau menjaga; takut benar-benar hilang.

Tapi hakikatnya dia nak terhegeh, simpan dan jaga; sebab dia care dan sayang.

Cuma tu ah, all those fears had put these females in a big dilemma; berperang dengan diri sendiri sama ada nak cakap apa yang dia betul-betul rasa dan nak ataupun tak.

Payah benor rupanya nak bikin dunia tahu, sebab kalau bagitahu nanti kena balik. Dan tak larat nak melayan bila kena balik tu. Ponat der layan karenah dunia, tapi kena hidup atas dunia.

Ya rabbi kuatkanlah.

February 22, 2014

Hebat tu tak ke mana

Aku pernah terdengar statement ni, right in the face dia cakap ke aku; 'Budak akaun kitorang tak pandang sangat, kalau amek sains kira cam terror ah sebab kau pun tahu an sains dia punya gila cemana tahap petalanya'. Tu dia cakap masa dia baru start belajar, tapi aku belum lagi.

Okay. Aku ambil akaun, dan dia ada juga degree petala gila.

Yes, science line memang susah, that's the main reason kenapa aku angkat kaki dari bidang tu walaupun aku berakarnya di situ. But believe me, you'll never say that once you're one of those that learn accounts.

Masing-masing ada susah dia. Kau ambil science stream, kau susah cara kau; misconception, hafal terms, fahamkan anologi pepelik yang kau sendiri pun tak tahu realitinya macam mana sebab it's not something yang kau boleh tengok dengan mata kasar. Aku study accounts, aku susah cara aku; interrelation of management and financial, terms and concepts, financial statements and the adjustment.

Why is it like this? Sebab Yang Di Atas nak kita saling membantu, saling memerlukan. Nak kita bersatu. Nak kita jalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di atas bumi milikNya dengan mengimarahkannya, bukan hanya tahu pijak dan rosakkan apa yang dah sedia ada. Nak kita communicate antara satu sama lain.

Senang cerita, let me put it this way. I'm an accountant, periuk nasi aku terisi bila hari-hari hadap nombor yang maha gabak. Last-last kepala no longer in control, tense no longer can be handled. Aku jatuh sakit. Aku pergi hospital, kebetulan kau salah seorang doktor di situ, dan kau yang entertain dan rawat aku. Dengan izinNya aku sihat balik dengan bantuan kau, dan aku boleh sambung isi nasi dalam periuk aku. Then kau yang doktor ni kerja dengan gomen. Hari-hari kau kerja teruk-teruk, tapi kau rasa apa yang kau dapat tiap bulan tak setimpal dengan apa yang kau buat. Kau simpan impian nak buka klinik sendiri bila dah habis kontrak wajib. Sampai masanya, kau pun pergi bank untuk buat pinjaman nak beli premis untuk buka klinik. Malangnya bank tak luluskan sebab supporting documents tak begitu meyakinkan mereka nak bagi kau pinjam duit. Kau pulak dah tahap tak tahan, dah quit dari kumpulan gomen. Di saat kau rasa langkah yang kau ambil ni silap, kau teringatkan aku yang akauntan ni. Aku tolong buat kedudukan kewangan kau di tahap cantik sedaya aku. Dengan izinNya juga kau berjaya dapat loan dan kau boleh buka klinik. Dapatlah rezeki lebih dari yang sebelumnya, sampai mampu nak bela anak dara orang dan anak sendiri.

Nampak kaitannya tu? Kita saling memerlukan. Ya kau hebat cara kau, aku mungkin akan hebat cara aku. Tapi aku tak boleh buat apa yang kau buat, dan begitu juga kau. Sebab kita berbeza. Takkan aku belajar akaun tetiba nak bedah orang, kejadahnya.

Haa tak pun kau orang sains kan, cerita dia sama maksud dengan anologi mitochondria dan chloroplast. Mitochondria excretes energy, whereas chloroplast captures sunlight through chlorophyll to make food in the form of oxygen. But to capture sunlight it needs energy. And for mitochondria to release energy, it needs food. See? They too interrelated.

Kalau plant pun boleh, kenapa kita tak. Kita kata kita hebat pun, nak ke mana dengan hebat tu kalau tak reti pakai. Yang Di Atas sahaja yang Maha Hebat, yang memang confirm tak boleh pertikai kehebatanNya.

Pergi hadap cermin, telek diri. Bukan apa yang cantik di mata kita, tapi apa yang buruknya. Maksud aku, apa yang buruk dari segi rohani, dari segi pemikiran, dari segi cara kau bawa diri dalam kalangan public. Sekurang-kurangnya kalau kau tak boleh seiring dengan masyarakat sekeliling, hadirnya kau dalam masyarakat tu tak dianggap sebagai onar.
Aku tak tahu family lain, but this is what I observed from my family.

Aku ada baca post Fynn. Dia kata dulu dia selalu argue yang ayah dia selalu lebihkan abang dia, sampai tahap 'kalau angah lelaki mesti ayah sayang angah macam mana ayah sayang along'. Bagi Fynn, ayah dia unfair dalam bagi kasih sayang. Then one day, dia webcam ngan ayah dia, timbul gurauan konon nak bagi adik kat Juna. Kata si ayah, 'Nak kata tentang adil dalam curah kasih sayang ni payah ngah. Sebab anak tu lain-lain, lain kurangnya lain lebihnya lain rupanya lain perangainya. So nak sayang tu kena ikut anak tu macam mana.'

Benda ni buat aku terfikir balik mama ngan papa.

Condition sama; aku masuk sekolah asrama dari form 1, adik pun dari form 1. Cuma bezanya aku mungkin keras sikit dari adik, figure aku masa form 1 lagi besar daripada adik form 1. Selalu aku pertikai, kenapa ma ngan pa boleh pergi every saturday and sunday, amek laundry semua, hantar balik kat adik pun dah siap iron. Zaman aku, atas kepala sendiri. Except kalau air takde atau hectic dengan exam bagai, memang susun sepuluh jari minta tolong ma basuhkan. Tapi pertikaian tu takat dalam hati je ah. Aku tahu ada yang mendapat satgi kalau suarakan. Sekarang baru aku sedar, environment aku membesar ngan adik dulu banyak beza. Dulu masa aku, banyak benda aku buat sendiri. Sebab dah dibiasakan, tapi adik tak. Bukan sengaja tak dibiasakan, tapi sebab adik kira macam anak tunggal masa dia membesar; abang dengan kehidupan siswa, aku pemukim tetap dalam tempoh masa lima tahun. Memang bukan salah dia ah kalau dimanjakan overdose, dan bukan salah dia jadi seseorang yang sensitif dan lembut jiwanya. Cara karakter dia dibina lain dengan aku dan abang. Dan gap umur aku dengan abang aku tak banyak, tapi adik aku banyak.

Aku fikir juga, nanti aku dah anak pun, boleh ke aku bagi apa yang dikata 'keadilan kasih sayang'.

Entah-entah depa pun akan pertikai, like how I did. Bezanya; keadaannya, zamannya.

February 19, 2014

Canon 70D

Aku akan bahagia. Tapi hmm, entah bila. Hanya mampu menunggu, google image dan tatap, dan terus menunggu. Harap jatuh dari kayangan. Harapnya la.

February 15, 2014

'Lagi 2, 3 tahun, kita makan nanti abang belanja.'

'Lepas tu kakak pulak.'

'10 tahun lagi, turn adik.'

'Takpe pa, nanti kak buat satu credit card untuk papa ngan mama makan je.'

'Pa tak nak. Papa nak kakak bayar, sebab papa nak kakak ada makan sekali.'

Deep. Very deep indeed.

Kalau tak, masakan pa kata nak buat rumah yang ada empat wing; mama ngan papa satu wing, abang satu, aku satu, adik satu. Tetengah tu la dapur dan hall; mama jaga cucu-cucu dia nanti. Between the wings ada kebun papa, dan tempat family lepak reramai. The best part is, it's a high-tech house; high speed wifi, server park sendiri dalam rumah, gadgets, security tip top, and ada sensor.

Haha tinggi betul angan-angan.

Amin. Amin insyaAllah.

February 14, 2014

Macam disiat-siat

Aku jadi perempuan pada orang yang salah.

Again and again. Entah bila mata dan hati nak selari dengan akal pun aku tak tahu.

Bukan aku tak pernah faham. Bukan aku tak pernah endah. Bukan aku tak pernah diam. Bukan aku tak pernah sentap. Bukan aku tak berhati, tak berperut. Bukan aku tak berperasaan. Semua tu aku dah suapkan.

Cuma mungkin cara aku tak kena, aku buat kau buta dengan cara aku. Bila dah hilang baru kau dapat mata kau balik, mungkin. Bila aku kata 'Dah, cukup. Aku dah fed up' baru kau faham apa aku buat, mungkin.

Entah la.

Hidup aku rasanya selama ni hanya asyik 'cater' orang. Sampai diri sendiri pun tak ter'cater'. Mungkin sampai nyawa bercerai dari badan pun masih di kondisi yang sama, agaknya.

Setiap kali aku keraskan kepala, hati tetiba lembut dia tahap petala tak terkata. Tu aku kata, abdomen aku tak pernah nak seiring; asyik meningkah antara satu sama lain. Last-last yang merana abdomen aku yang invisible; perasaan; siat dengan samurai, lempar dengan bom Hiroshima, panah dengan petir, cucuk dengan pedang.

Bila nak rasa bahagia?

Reality check

Kau dan actions kau mengalunkan irama. Irama tu la yang orang keliling tatap, dan judge. Yes, JUDGE.

Biasa la tu, manusia lebih suka hidup dengan assumption sendiri, berbanding menanya dulu tuan punya badan atau paham gerakan si empunya diri.

Dan kemudiannya, based on their 'assumptions', they will look, speak and act towards you. Boleh jadi dua; ikhlas dari hati atau berpura-pura, sebab niatnya tak nak buat kau terasa. Dan boleh jadi dua, positif; sokong kau dengan perkara yang membina dan lebih membantu, atau negatif; buat tak endah atau melakukan provokasi.

Masa ni la kau boleh JUDGE BALIK orang keliling kau tu; they are REALLY your friends, or the opposite. Masa ni la kau akan tahu belang sebenar orang sekeliling kau. Masa ni la kau akan tahu diri kau tu sebenarnya socially acceptable ataupun tak. Masa ni la kau reflect balik diri kau; apa yang kau utilise dari pancaindera kurniaanNya buat kau lebih baik ataupun sebaliknya.

Sah-sah la kau nak ubah orang lain memang hampeh ah; nak tutup mulut orang, nak betulkan apa yang dia dok pikir, nak suruh dia buat benda ikut rentak kau. Takdenya, semua berpegang pada prinsip 'aku punya hal, hak aku'. Sebaiknya redha je la, ni salah satu asam garam kehidupan gamaknya. Kalau kau boleh tukar diri kau ke arah yang lebih baik, itu lagi bagus. Tapi tak semestinya 'yang lebih baik' tu is apa yang orang keliling dok sanjung kata betul. Kalau dah terang tang tang benda tu memang betul, go on. Tapi kalau depa dok sogok kata terjun lombong tu betul dan kau ikut, memang mintak kena hentak ah jawabnya.

February 7, 2014

Noktah debaran pertama. BIG FAT FULLSTOP.

'Kalau kak usaha memang kak akan dapat.'

Ayat tu yang dok terngiang sepanjang interval final paper habis pada 11 Disember hingga 7:59 pagi pada 8 Februari. Setiap kali ma cakap cenggitu, hati punya dedupdap memang lain macam. Lain dari tunggu result SPM. Ayat yang berat, yang banyak makna; selama ni apa aku dok buat kat kolej, effort aku, harapan mama, harapan papa, duit yang depa dah habiskan, masa yang depa dah korbankan, dan paling penting, betul ke jalan yang aku pilih ni; sebab sampai sekarang perasaan was-was pasal ACCA ni tak lekang.

Dan jam 8 ++ dengan hati longlai aku refresh email; k wa dah nampak 'Results Online'. Dan bila aku scroll, terpaku. The perks of being a girl; jerit dan lari pi dapur, peluk ma. Wa tahu tu cliche, tapi takdak feeling yang lebih best dari itu. Dan time tu aku tahu semua makna dari ayat pendek yang ma dok bagi all these why dah terjawab sedikit demi sedikit.

Syukur. Takde apa, syukur.

Harapan yang memang aku dok simpan; happykan ma, happykan pa. Depa dah pakat perabis banyak. Wa tak mampu lagi nak balas, apa yang aku mampu sekarang hanya nak bahagiakan mereka.

Cukuplah ini, cukup untuk buat mereka terus tersenyum. Aku nak senyum tu terus melekat. Biar aku yang menangis, biar aku yang jadi galang gantinya.


 Mungkin benar ini memang jalan aku.

February 6, 2014

Tebar selendang, biarpun angin menggila

Pangkor throwback.

Cuma nak tenang. Macam dalam tu; sunset, pantai, langit yang luas.

Apa yang dibayang sekarang ni hanya laut, dan pasir. Bau air masin, the breeze. Bayu duk menepuk muka, duk menampar. Tapi aku suka, sebab tenang.

Dekat dengan nature means kau dekatkan diri dengan Allah, sebab nature tu ciptaanNya yang maha hebat. Kenapa hebat? Cuba habaq mai pebenda atas muka bumi ni yang bila terbayang je dah dapat rasa relax, belum lagi kau betul-betul ada kat tempat tu. Hutan, sungai, parit, tali air kat sawah padi pun boleh au. Awesome tak awesome ah.

Tapi tu ah, aku hanya mampu bayang, dan bermimpi. Nasib badan duduk di hutan konkrit; segala nak cepat, segala nak mudah. Kepala hanya lekat tang duniawi. Mampu syukur kalau solat 5 waktu dapat diusahakan untuk sempat pada waktu, tu pun khusyuk entah ke mana, setakat mampu detikkan dalam kalbu Yang Di Atas menerima, walaupun hakikatnya diri sendiri sedar perintahNya itu hanya dialakadarkan walhal sebenarnya patut diprioritikan.

Bawa aku migrate terus ke sini? Tinggalkan fast pace yang serba-serbi melemaskan, aku sanggup. Mungkin. Entah, part lemas tu dah sebati. Bila terus-menerus tenang, entah. Tak dapat nak bayang.

Saat ini aku hanya nak ini. Sebab dah seminggu jadi zombi; seharian kelas, dan malam bermadahkan perihal lecture.

Beach getaway, or nature getaway, or whatever it is. Pretty please? Paling-paling pun hadir dalam mimpi, dan jangan bagi aku bangun.