February 22, 2014

Hebat tu tak ke mana

Aku pernah terdengar statement ni, right in the face dia cakap ke aku; 'Budak akaun kitorang tak pandang sangat, kalau amek sains kira cam terror ah sebab kau pun tahu an sains dia punya gila cemana tahap petalanya'. Tu dia cakap masa dia baru start belajar, tapi aku belum lagi.

Okay. Aku ambil akaun, dan dia ada juga degree petala gila.

Yes, science line memang susah, that's the main reason kenapa aku angkat kaki dari bidang tu walaupun aku berakarnya di situ. But believe me, you'll never say that once you're one of those that learn accounts.

Masing-masing ada susah dia. Kau ambil science stream, kau susah cara kau; misconception, hafal terms, fahamkan anologi pepelik yang kau sendiri pun tak tahu realitinya macam mana sebab it's not something yang kau boleh tengok dengan mata kasar. Aku study accounts, aku susah cara aku; interrelation of management and financial, terms and concepts, financial statements and the adjustment.

Why is it like this? Sebab Yang Di Atas nak kita saling membantu, saling memerlukan. Nak kita bersatu. Nak kita jalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di atas bumi milikNya dengan mengimarahkannya, bukan hanya tahu pijak dan rosakkan apa yang dah sedia ada. Nak kita communicate antara satu sama lain.

Senang cerita, let me put it this way. I'm an accountant, periuk nasi aku terisi bila hari-hari hadap nombor yang maha gabak. Last-last kepala no longer in control, tense no longer can be handled. Aku jatuh sakit. Aku pergi hospital, kebetulan kau salah seorang doktor di situ, dan kau yang entertain dan rawat aku. Dengan izinNya aku sihat balik dengan bantuan kau, dan aku boleh sambung isi nasi dalam periuk aku. Then kau yang doktor ni kerja dengan gomen. Hari-hari kau kerja teruk-teruk, tapi kau rasa apa yang kau dapat tiap bulan tak setimpal dengan apa yang kau buat. Kau simpan impian nak buka klinik sendiri bila dah habis kontrak wajib. Sampai masanya, kau pun pergi bank untuk buat pinjaman nak beli premis untuk buka klinik. Malangnya bank tak luluskan sebab supporting documents tak begitu meyakinkan mereka nak bagi kau pinjam duit. Kau pulak dah tahap tak tahan, dah quit dari kumpulan gomen. Di saat kau rasa langkah yang kau ambil ni silap, kau teringatkan aku yang akauntan ni. Aku tolong buat kedudukan kewangan kau di tahap cantik sedaya aku. Dengan izinNya juga kau berjaya dapat loan dan kau boleh buka klinik. Dapatlah rezeki lebih dari yang sebelumnya, sampai mampu nak bela anak dara orang dan anak sendiri.

Nampak kaitannya tu? Kita saling memerlukan. Ya kau hebat cara kau, aku mungkin akan hebat cara aku. Tapi aku tak boleh buat apa yang kau buat, dan begitu juga kau. Sebab kita berbeza. Takkan aku belajar akaun tetiba nak bedah orang, kejadahnya.

Haa tak pun kau orang sains kan, cerita dia sama maksud dengan anologi mitochondria dan chloroplast. Mitochondria excretes energy, whereas chloroplast captures sunlight through chlorophyll to make food in the form of oxygen. But to capture sunlight it needs energy. And for mitochondria to release energy, it needs food. See? They too interrelated.

Kalau plant pun boleh, kenapa kita tak. Kita kata kita hebat pun, nak ke mana dengan hebat tu kalau tak reti pakai. Yang Di Atas sahaja yang Maha Hebat, yang memang confirm tak boleh pertikai kehebatanNya.

Pergi hadap cermin, telek diri. Bukan apa yang cantik di mata kita, tapi apa yang buruknya. Maksud aku, apa yang buruk dari segi rohani, dari segi pemikiran, dari segi cara kau bawa diri dalam kalangan public. Sekurang-kurangnya kalau kau tak boleh seiring dengan masyarakat sekeliling, hadirnya kau dalam masyarakat tu tak dianggap sebagai onar.
Aku tak tahu family lain, but this is what I observed from my family.

Aku ada baca post Fynn. Dia kata dulu dia selalu argue yang ayah dia selalu lebihkan abang dia, sampai tahap 'kalau angah lelaki mesti ayah sayang angah macam mana ayah sayang along'. Bagi Fynn, ayah dia unfair dalam bagi kasih sayang. Then one day, dia webcam ngan ayah dia, timbul gurauan konon nak bagi adik kat Juna. Kata si ayah, 'Nak kata tentang adil dalam curah kasih sayang ni payah ngah. Sebab anak tu lain-lain, lain kurangnya lain lebihnya lain rupanya lain perangainya. So nak sayang tu kena ikut anak tu macam mana.'

Benda ni buat aku terfikir balik mama ngan papa.

Condition sama; aku masuk sekolah asrama dari form 1, adik pun dari form 1. Cuma bezanya aku mungkin keras sikit dari adik, figure aku masa form 1 lagi besar daripada adik form 1. Selalu aku pertikai, kenapa ma ngan pa boleh pergi every saturday and sunday, amek laundry semua, hantar balik kat adik pun dah siap iron. Zaman aku, atas kepala sendiri. Except kalau air takde atau hectic dengan exam bagai, memang susun sepuluh jari minta tolong ma basuhkan. Tapi pertikaian tu takat dalam hati je ah. Aku tahu ada yang mendapat satgi kalau suarakan. Sekarang baru aku sedar, environment aku membesar ngan adik dulu banyak beza. Dulu masa aku, banyak benda aku buat sendiri. Sebab dah dibiasakan, tapi adik tak. Bukan sengaja tak dibiasakan, tapi sebab adik kira macam anak tunggal masa dia membesar; abang dengan kehidupan siswa, aku pemukim tetap dalam tempoh masa lima tahun. Memang bukan salah dia ah kalau dimanjakan overdose, dan bukan salah dia jadi seseorang yang sensitif dan lembut jiwanya. Cara karakter dia dibina lain dengan aku dan abang. Dan gap umur aku dengan abang aku tak banyak, tapi adik aku banyak.

Aku fikir juga, nanti aku dah anak pun, boleh ke aku bagi apa yang dikata 'keadilan kasih sayang'.

Entah-entah depa pun akan pertikai, like how I did. Bezanya; keadaannya, zamannya.

February 19, 2014

Canon 70D

Aku akan bahagia. Tapi hmm, entah bila. Hanya mampu menunggu, google image dan tatap, dan terus menunggu. Harap jatuh dari kayangan. Harapnya la.

February 15, 2014

'Lagi 2, 3 tahun, kita makan nanti abang belanja.'

'Lepas tu kakak pulak.'

'10 tahun lagi, turn adik.'

'Takpe pa, nanti kak buat satu credit card untuk papa ngan mama makan je.'

'Pa tak nak. Papa nak kakak bayar, sebab papa nak kakak ada makan sekali.'

Deep. Very deep indeed.

Kalau tak, masakan pa kata nak buat rumah yang ada empat wing; mama ngan papa satu wing, abang satu, aku satu, adik satu. Tetengah tu la dapur dan hall; mama jaga cucu-cucu dia nanti. Between the wings ada kebun papa, dan tempat family lepak reramai. The best part is, it's a high-tech house; high speed wifi, server park sendiri dalam rumah, gadgets, security tip top, and ada sensor.

Haha tinggi betul angan-angan.

Amin. Amin insyaAllah.

February 14, 2014

Macam disiat-siat

Aku jadi perempuan pada orang yang salah.

Again and again. Entah bila mata dan hati nak selari dengan akal pun aku tak tahu.

Bukan aku tak pernah faham. Bukan aku tak pernah endah. Bukan aku tak pernah diam. Bukan aku tak pernah sentap. Bukan aku tak berhati, tak berperut. Bukan aku tak berperasaan. Semua tu aku dah suapkan.

Cuma mungkin cara aku tak kena, aku buat kau buta dengan cara aku. Bila dah hilang baru kau dapat mata kau balik, mungkin. Bila aku kata 'Dah, cukup. Aku dah fed up' baru kau faham apa aku buat, mungkin.

Entah la.

Hidup aku rasanya selama ni hanya asyik 'cater' orang. Sampai diri sendiri pun tak ter'cater'. Mungkin sampai nyawa bercerai dari badan pun masih di kondisi yang sama, agaknya.

Setiap kali aku keraskan kepala, hati tetiba lembut dia tahap petala tak terkata. Tu aku kata, abdomen aku tak pernah nak seiring; asyik meningkah antara satu sama lain. Last-last yang merana abdomen aku yang invisible; perasaan; siat dengan samurai, lempar dengan bom Hiroshima, panah dengan petir, cucuk dengan pedang.

Bila nak rasa bahagia?

Reality check

Kau dan actions kau mengalunkan irama. Irama tu la yang orang keliling tatap, dan judge. Yes, JUDGE.

Biasa la tu, manusia lebih suka hidup dengan assumption sendiri, berbanding menanya dulu tuan punya badan atau paham gerakan si empunya diri.

Dan kemudiannya, based on their 'assumptions', they will look, speak and act towards you. Boleh jadi dua; ikhlas dari hati atau berpura-pura, sebab niatnya tak nak buat kau terasa. Dan boleh jadi dua, positif; sokong kau dengan perkara yang membina dan lebih membantu, atau negatif; buat tak endah atau melakukan provokasi.

Masa ni la kau boleh JUDGE BALIK orang keliling kau tu; they are REALLY your friends, or the opposite. Masa ni la kau akan tahu belang sebenar orang sekeliling kau. Masa ni la kau akan tahu diri kau tu sebenarnya socially acceptable ataupun tak. Masa ni la kau reflect balik diri kau; apa yang kau utilise dari pancaindera kurniaanNya buat kau lebih baik ataupun sebaliknya.

Sah-sah la kau nak ubah orang lain memang hampeh ah; nak tutup mulut orang, nak betulkan apa yang dia dok pikir, nak suruh dia buat benda ikut rentak kau. Takdenya, semua berpegang pada prinsip 'aku punya hal, hak aku'. Sebaiknya redha je la, ni salah satu asam garam kehidupan gamaknya. Kalau kau boleh tukar diri kau ke arah yang lebih baik, itu lagi bagus. Tapi tak semestinya 'yang lebih baik' tu is apa yang orang keliling dok sanjung kata betul. Kalau dah terang tang tang benda tu memang betul, go on. Tapi kalau depa dok sogok kata terjun lombong tu betul dan kau ikut, memang mintak kena hentak ah jawabnya.

February 7, 2014

Noktah debaran pertama. BIG FAT FULLSTOP.

'Kalau kak usaha memang kak akan dapat.'

Ayat tu yang dok terngiang sepanjang interval final paper habis pada 11 Disember hingga 7:59 pagi pada 8 Februari. Setiap kali ma cakap cenggitu, hati punya dedupdap memang lain macam. Lain dari tunggu result SPM. Ayat yang berat, yang banyak makna; selama ni apa aku dok buat kat kolej, effort aku, harapan mama, harapan papa, duit yang depa dah habiskan, masa yang depa dah korbankan, dan paling penting, betul ke jalan yang aku pilih ni; sebab sampai sekarang perasaan was-was pasal ACCA ni tak lekang.

Dan jam 8 ++ dengan hati longlai aku refresh email; k wa dah nampak 'Results Online'. Dan bila aku scroll, terpaku. The perks of being a girl; jerit dan lari pi dapur, peluk ma. Wa tahu tu cliche, tapi takdak feeling yang lebih best dari itu. Dan time tu aku tahu semua makna dari ayat pendek yang ma dok bagi all these why dah terjawab sedikit demi sedikit.

Syukur. Takde apa, syukur.

Harapan yang memang aku dok simpan; happykan ma, happykan pa. Depa dah pakat perabis banyak. Wa tak mampu lagi nak balas, apa yang aku mampu sekarang hanya nak bahagiakan mereka.

Cukuplah ini, cukup untuk buat mereka terus tersenyum. Aku nak senyum tu terus melekat. Biar aku yang menangis, biar aku yang jadi galang gantinya.


 Mungkin benar ini memang jalan aku.

February 6, 2014

Tebar selendang, biarpun angin menggila

Pangkor throwback.

Cuma nak tenang. Macam dalam tu; sunset, pantai, langit yang luas.

Apa yang dibayang sekarang ni hanya laut, dan pasir. Bau air masin, the breeze. Bayu duk menepuk muka, duk menampar. Tapi aku suka, sebab tenang.

Dekat dengan nature means kau dekatkan diri dengan Allah, sebab nature tu ciptaanNya yang maha hebat. Kenapa hebat? Cuba habaq mai pebenda atas muka bumi ni yang bila terbayang je dah dapat rasa relax, belum lagi kau betul-betul ada kat tempat tu. Hutan, sungai, parit, tali air kat sawah padi pun boleh au. Awesome tak awesome ah.

Tapi tu ah, aku hanya mampu bayang, dan bermimpi. Nasib badan duduk di hutan konkrit; segala nak cepat, segala nak mudah. Kepala hanya lekat tang duniawi. Mampu syukur kalau solat 5 waktu dapat diusahakan untuk sempat pada waktu, tu pun khusyuk entah ke mana, setakat mampu detikkan dalam kalbu Yang Di Atas menerima, walaupun hakikatnya diri sendiri sedar perintahNya itu hanya dialakadarkan walhal sebenarnya patut diprioritikan.

Bawa aku migrate terus ke sini? Tinggalkan fast pace yang serba-serbi melemaskan, aku sanggup. Mungkin. Entah, part lemas tu dah sebati. Bila terus-menerus tenang, entah. Tak dapat nak bayang.

Saat ini aku hanya nak ini. Sebab dah seminggu jadi zombi; seharian kelas, dan malam bermadahkan perihal lecture.

Beach getaway, or nature getaway, or whatever it is. Pretty please? Paling-paling pun hadir dalam mimpi, dan jangan bagi aku bangun.