April 12, 2014

Rezeki 'halal'

'Kalau nak cari rezeki, biarlah yang halal.'

Ramai yang kata begitu. So, dalam kepala aku pun dah tertanam ayat yang sama; rezeki kena halal. Sebab nanti nak masuk dalam perut, jadi darah daging.

Tapi benda sekarang, realitinya, aku tak dapat nak memahami tang mana maksud halal yang orang dok usung sana-sini.

Let say, masuk kerja pukul 8, kau kena punch. K kau punch, then kau keluar balik; breakfast, lepak kedai mamak. Kalau setakat setengah jam sebab kau memang tak sempat nak breakfast kat rumah pagi tu k boleh terima ah logik akal alasan kau. But still, dengan Yang Di Atas, pandai-pandai ah kau fikir cemana nak bagi alasan. Tapi yang tak menahannya bila patut masuk pukul 8, but then kau keluar melepak and masuk balik pukul 9 ke 10. Pehh, kejadahnya. Sedap kau makan gaji buta. Sekali pun kau takde kerja nak buat, kau dah kata kat diri kau yang rezeki ni nak yang halal. Masa kau melepak tu dibayar, halal ke idok?

Fikir.

Satu lagi senario. Kau dibayar untuk ajar budak, by hour. But then, budak tu dah datang on time, and yet kau lengah-lengahkan masa nak ajar dia. Dah la tu, bersembang je lebih, ajar ala kadar. Bersembang tu kononnya nak merapatkan ukhwah sesama manusia. Then kau kata kat budak tu, 'Saya bagi awak free time, awak pergi la mana-mana awak nak. Dah sampai masa nak balik nanti baru jumpa saya semula.' Hamoi, kau buat macam tu memang budak suka. Cuba kau ingat balik, kau dibayar untuk bagi ilmu kat budak tu, ataupun nak main cincai? Then kau kata, 'Peduli apa aku.' Ingat balik, mana hilang niat kau nak dapat rezeki yang halal?

Fikir.

Fikir lagi. Kalau perlu renung, ke termenung, haa buat. Asal kau berfikir, apa yang kau dah buat dan apa yang kau tanam dalam pemikiran. Timbal balik kedua-duanya, ada perbezaan ke idok.

That's why orang tua-tua kata, sebaik-baik pekerjaan adalah bertani; tak kiralah tanam sayur ke buah ke gembala kambing ke lembu. Cause what you plough is what you get. Sebijik kau bagi, sebijik jugak yang kau dapat. Adil, setimpal. Tu baru namanya halalan toyyiban.

Nah, sekarang berani lagi nak sebut pasal halal ke haram rezeki ni? Sekarang ni rezeki kau halal ke haram? Apa yang dah masuk dalam perut halal ke haram? Sendiri fikir, sendiri jawab.