April 22, 2014

Serba serbi serba salah

Kau nak terus terang ngan dia, nak confront dengan tuan punya diri. Tapi kau tak tahu macam mana, sebab kau rasa, or in another word kau assume, dia tak boleh terima apa yang kau nak confrontkan. Kau jadi serba salah; kang cakap dia tak boleh terima, kang gaduh, kang tak cakap berbalik pada kau pulak. Daym.

So kau ambil jalan mudah, kau cerita benda yang kau nak terus terang tu kepada orang yang rapat dengan dia untuk tolong confront bagi pihak kau. Lepas tu mesti kau rasa lega, kan?

Kau sedar tak yang kau lega, tapi orang yang kau minta tolong tu macam cacing kepanasan tak tahu cemana nak buat. Sebijik macam keadaan kau jadinya; 'cerita ke tak cerita eh, aku dah sanggup nak tolong, tapi cemana aku nak cakap, tapi kang tak cakap, alaa payah ah'.

Bersambung la lepas tu dia ni pun pi minta tolong orang lain. Sampai kesudah tak settle.

Haih. Kan senang cerita kalau kau terus terang je sendiri. Kecut tak kecut la. Elok-elok ni just hal between two parties, tiba-tiba terkait pulak sampai tiga empat parti yang lain.

Haih. Bawak-bawak la beranikan diri. Kalau kau cakap elok-elok, in shaa Allah, lambat ataupun cepat, orang tu akan amek iktibar.

Aku tak cakap dia akan terima, aku cakap dia akan amek iktibar. Sebab manusia ni biasa la, wujud ego, walaupun sekecil-kecil alam. Ambil iktibar maksudnya dia akan hadam apa yang kau cakap; either positively or negatively. But then, walaupun negatif, dia akan try ikut intipati apa yang kau cakap. Let say kau cakap ketiak kawan kau busuk. Ada yang positif dia akan cam 'oh ye ke, thanks ah wei bagitahu, nanti aku sabun lebih sikit'. Boleh jadi yang negatif, haa haru macam 'hek eleh ketiak kau wangi sangat ke?'. But then, still, orang tu akan betulkan diri sendiri. See? Dare to speak out.