May 6, 2014

Janji masa

Aku tak tahu bila, di mana dan bagaimana. But for whatever reason, mati itu pasti. Cara dia, dan kenapa? Wallahualam. Yang Di Atas lebih faham kenapa itu adalah tikanya Dia nak tarik roh dari jasad. Sama ada Dia memang sayang kita, atau Dia ambil kita untuk dijauhkan daripada orang-orang yang Dia lebih sayang.

Cuma satu benda. Aku tak tahu aku mampu tanggung kalau tika itu adalah untuk ma, pa, abang atau adik. Aku tak tahu. Aku tak mampu nak bayangkan. Setiap kali dibayang, atau datang dalam mimpi, laju aku tepis. Tak sanggup dengan natang yang namanya dejavu. Entah mana datang wallahualam.
Kalau sampai tika itu untuk aku, mohon ma ngan pa kuat. Abang dan adik, please support ma ngan pa, jangan korang berteleku sama.

Haha it's not that we never had fun together eyy? Or nangis sama-sama, atau dimarahi bersama-
sama? It's just that masa aku dah sampai. So masa aku dengan kalian sampai sini.

Mati.

Yes, setiap saat yang berlalu adalah saat yang semakin mendekatkan kita dengan mati. That's for sure.

Jika aku pernah berjanji, dan tak ditunaikan, aku mohon ampunkan aku dengan janji masa yang bukan milik aku. Khilafnya itu milik aku; kerana tak sempurnanya diri dalam menyusun waktu.