July 21, 2014

Aku jatuh cinta dengan 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'.

Entah, rasanya dengan Almarhum Ahmad Ammar sekali terkena tempiasnya. Terlalu agung cintanya terhadap Islam, sedangkan aku sekarang leka dengan perkara duniawi.

Nak dibandingkan aku dengan arwah, ya Allah perbezaan langit dan bumi pun belum tentu cukup untuk menjadi ukurannya.

Dah lama pasang niat nak beli, tapi asyik ditangguhkan. 

Semalam lepas berbuka, aku berkata pada Aliah, 'Ni kalau masuk MPH ni tak sah kalau keluar tak beli satu buku pun.' Lalu aku putuskan untuk tunggu di luar sementara yang lain sibuk membelek novel. Tapi hati ini tak kuat, mampu bertahan di luar setakat 10 mint. Kaki terus melangkah te rak top-selling, dan 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' berada di ranking yang pertama, walhal buku tersebut sudah lama diterbitkan.

Niatnya balik nak baca terus, lain yang jadi. Pagi ni sepatutnya study FFM, ada quiz sekejap lagi. Tapi aura Ahmad Ammar lebih memanggil, siapa sangka sekejap sahaja sudah hampir 50 helai aku khatamkan. Jam ditepi dikerling, alaa redha je la quiz kejap lagi.

Ahmad Ammar, tiadanya kau tidak bermaksud perjuanganmu terhenti. Aku antara salah seorang yang tak mampu berpaling dari kisah hidupmu.