June 19, 2015

Tiada pasangnya

'Orang kata, kalau selalu amek gambar kerusi kosong, maknanya forever alone.'

Boleh tahan kelakar jugak la statement tu. Sebab kadang-kadang aku pun ada amek gambo kerusi kosong jadi subjek. Ha ha.

Well, sekali pun jadi loner, or lone ranger, I don't think it's a big deal. Not even a crime in fact. Badan dia, dia yang rasa nak duduk sorang-sorang, biaq pi dia la kan?

Asal jalan sorang, or duduk sorang, terus kena cop as loner. Well, secara harafiahnya, yes he's alone. So what kalau dia alone sekalipun?

Ada orang ambil kisah kalau dia kena mark as loner, and some don't give a damn about it.

Malas ambil pusing

Ada masa, kita rasa macam malas sangat nak layan orang. Terasa nak duduk sorang, tak payah deal dengan apa-apa kat kiri kanan depan belakang.

Imagine, kawan kau pok pek pok pek tak berhenti, panas juga telinga. Lagi-lagi topik yang tak berapa nak berkembang, asal jumpa je buka cerita yang sama. Daripada buat dosa kering mengumpat dalam hati, why don't kau cari jalan selamat; by being alone. Duduk sorang, pasang headphones, layan lagu sambil scroll social medias. Cool?

Orang keliling tak faham apa yang kita buat

'Lama lagi ke weh? Kau amek gambar ni nak buat apa?'

Yang ni boleh bikin panas. Bila aku keluar untuk buat apa yang aku suka, kau cakap 'macam ni la member, bukan nak mengajak'. Dah ajak, kau pulak yang banyak cekadak suruh aku cepat. Silap aku jugak la bawak orang yang tak sekepala.

See? Patutnya kita happy bila dapat buat something yang kita enjoy buat (or should I say, hobby?). Tapi bila dah jadi macam tu, tang mana nak happynya? So again, jalan selamat, kau tolak tepi apa dia cakap, kau buat je sorang.

I admit, aku lagi selesa sorang kadang-kadang. Sebab nak fikir pasal orang, mehhhh aku bukan orang yang reti handle manusia. I fail miserably.

Sah-sah tak boleh kerja dengan Human Resource Department (lol!)

So daripada aku sakitkan hati orang dengan perangai tak semenggah aku ni, better aku jadi loner, ye dok? Hidup je setakat ni, no worries.

p/s: Terima kasih kepada yang reti bersabar dengan iter selama ni hiks