July 25, 2015

Making money from your passion

'Weh, why not kau buat duit pakai talent yang kau ada ni?'

Ayat tu acapkali aku dengar. Aku gelak je selalunya, tak tahu nak response macam mana.
Bukan aku tak nak. Ada jugak terfikir kadang-kadang. Cuma aku tak tahu mana nak mula.
Selama ni gambo yang aku amek semuanya untuk suka-suka; kawan, family, awan, bangunan, food, scenery dan entah apa-apa lagi yang rasa macam lawa dek kata mata.

Orang tanya, 'Macam mana kau amek gambar weh?'. Jujur aku cakap, aku tekan ikut apa yang hati aku kata cantik. Sekarang ni okay la sikit kot, tahu nak pakai Third Rule untuk letak subject kat grid. Dulu haram jadah tak tahu pebenda. Mungkin benar itu anugerah Tuhan bagi pinjam, syukur.

Gambar yang aku tangkap suka-suka tu aku kumpul untuk koleksi peribadi pada mulanya. Lepas tu pa tanya, 'Gambar yang kak amek selama ni kak nak buat apa? Simpan je?'.

Bermulalah langkah pertama nak exposekan diri pada dunia, aku aktifkan  semula account di Flickr. Lama dia berkubur, tengok gambar lama-lama penuh noise (bintik-bintik halus) sana sini 

Then tergerak hati nak lebarkan sayap ke Instagram. Asalnya memang dah ada satu personal account, sayang pulak nak delete. So, selamba badak acah retis sikit sign up for another account; strictly for photography. Mana-mana tempat or event yang aku pergi (dan kalau ingat dan larat nak bawak camera gabak tu ), aku edit dan upload di situ. Sekali lagi, Flickr di'adik tiri'kan, kalau rajin baru aku upload kat situ hua hua

Siapa sangka, inisiatif yang aku buat tu sampai ke pengetahuan tuan punya badan yang nak pakai orang untuk amek gambo. Kawan aku sendiri sebenarnya, kawan dari sekolah rendah. Not so close, lagilah sedikit awkward  Tapi dia percayakan aku, that made me flattered.

So, ni hasil kerja pertama aku.


Hantaran depa gaissss..





And the ceremony begins!

Teddy bear Amani pun ada gaiss




Gaya yang paling aku tak tahan menengok hahaha..



And the star for today's event;

Thanks a lot Fahda for this opportunity!

Nak kata pro tu tak la, belum sampai lagi tahap tu. But this is part of it. Balik tu, dia kata dia happy sangat gambar semua lawa.

Editting in progress
First time merasa effort dibayar dengan wang ringgit. Happy dia lain macam (batak sikit pun ada ). 

Maybe betul kot orang kata, kalau dah suka apa pun tak ingat. Masa amek gambar tu pun, sampai lupa nak makan. Moga ada lagi di lain kali.

July 12, 2015

Reunited

Antara sebab aku suka bulan Ramadhan, confirm akan ada reunion balik dengan kawan dulu.

Guess what? Aku jumpa balik kawan satu tadika hua hua *nangis guling-guling*

Mat yang acah comel tu nama dia Addin, dia ni la kawan masa tadika tu
Buka balik cerita masa zaman sekolah, ma shaa Allah nakalnya sorang-sorang bukan main. Daripada main tiang sampailah ke ice water kat koridor. Sampai ada yang kain terkoyak.
Hadi masih kepoh seperti biasa
Sekarang, semua dah besar. Handsome ngan lawanya sorang-sorang bukan main. Syukurlah kami sebenarnya mampu jadi orang, walaupun dulu takde rupa sangat hidup tu nak menghala ke mana.


Ni memang acah gelak, tapi in real life depa ni memang hantu kalau gelak
Cuma yang aku ralat, masih ada yang tak nak buang yang keruh dan ambil yang jernih. Masih ada yang bersengketa, walhal zaman sekolah dah bertahun-tahun ditinggalkan. Lagi ralat bila itu yang dijadikan alasan untuk tidak sama turut serta. Takpe la, doa yang terbaik.

Mungkin ada baiknya aku tak stay satu tempat dengan depa ni. Maybe that is how I moved on.

Bila membesar dengan orang yang berbeza, kau akan berubah towards the better. Kau akan lagi faham on how to be an adult, as in how to think wisely. Dulu punya cerita biarlah. Dan kalau kau takde dalam cerita tu, janganlah kau jadikan ia sempadan antara kau dengan empunya diri yang terlibat.

Farah jangan nak acah sangat dengan muka vain kau
Dari US pun gigih turun hokayy
Anyway, I had fun while gathering with these peeps back. Gelak dia ma shaa Allah, kalau ada rasa nak ayat mamat-mamat ni lupakan je la (wokk jangan marah wokk, ana wokk punya keh keh keh).
Towards more reunions in the future!!