July 12, 2015

Reunited

Antara sebab aku suka bulan Ramadhan, confirm akan ada reunion balik dengan kawan dulu.

Guess what? Aku jumpa balik kawan satu tadika hua hua *nangis guling-guling*

Mat yang acah comel tu nama dia Addin, dia ni la kawan masa tadika tu
Buka balik cerita masa zaman sekolah, ma shaa Allah nakalnya sorang-sorang bukan main. Daripada main tiang sampailah ke ice water kat koridor. Sampai ada yang kain terkoyak.
Hadi masih kepoh seperti biasa
Sekarang, semua dah besar. Handsome ngan lawanya sorang-sorang bukan main. Syukurlah kami sebenarnya mampu jadi orang, walaupun dulu takde rupa sangat hidup tu nak menghala ke mana.


Ni memang acah gelak, tapi in real life depa ni memang hantu kalau gelak
Cuma yang aku ralat, masih ada yang tak nak buang yang keruh dan ambil yang jernih. Masih ada yang bersengketa, walhal zaman sekolah dah bertahun-tahun ditinggalkan. Lagi ralat bila itu yang dijadikan alasan untuk tidak sama turut serta. Takpe la, doa yang terbaik.

Mungkin ada baiknya aku tak stay satu tempat dengan depa ni. Maybe that is how I moved on.

Bila membesar dengan orang yang berbeza, kau akan berubah towards the better. Kau akan lagi faham on how to be an adult, as in how to think wisely. Dulu punya cerita biarlah. Dan kalau kau takde dalam cerita tu, janganlah kau jadikan ia sempadan antara kau dengan empunya diri yang terlibat.

Farah jangan nak acah sangat dengan muka vain kau
Dari US pun gigih turun hokayy
Anyway, I had fun while gathering with these peeps back. Gelak dia ma shaa Allah, kalau ada rasa nak ayat mamat-mamat ni lupakan je la (wokk jangan marah wokk, ana wokk punya keh keh keh).
Towards more reunions in the future!!