April 19, 2016

'Aku ni random kan'

Yes, sampai ke akhir hayat. Kau pergi pun random jugak. Why didn't we see the signs that you gave haih..

Semalam on the way balik, aku linkkan all the things that happened these past few months. Kau ajak kitorang pergi picnic, endless wayang, makan sana sini and karaoke some more. It's like every single week, mesti ada kita outing mana-mana. Cuma satu je kita tak dapat nak pi, Sungai Kemensah. Pernah terdetik dalam fikiran aku, tak penat ke minah ni hahaha.. Tapi, I never had the guts to say no to you. 

I've known you since January 2014, and kita betul-betul rapat last year, as we were the only one yang sambung ACCA right after CAT, together with Zuza and Alwani and a few others. Randomly buat plan weekend getaway by going to Melaka.

But this year, it seems as kita makin rapat. Padahal kau dah bawak kereta since last year kot.

Maafkan aku sebab tak call kau balik lepas line putus.

Tapi aku bersyukur, dalam hari-hari terakhir kau atas muka bumi ni, sempat lagi kau call kitorang. I'm glad that among all the things that started to part away from your memory, we were not one of those. Siap spam lagi kat group yang kau buat untuk kita berlima dengan benda-benda yang kau kirim dari Cameron Highlands. And 'jagung manis' was your final 2 words for us. Seriously weh hahahaha can't it be something better?

Raihan, kami minta maaf tak dapat tunggu kau sampai kau dikebumikan. Tapi, kau tengok tak ramai yang datang melawat kau semalam? Kau kata takde orang sayang kau kan hahahahaha.. Ramai weh, ramai yang sayang kau. 

You know what, Luqman ada mintak gambar kau sebab nak post kat FB APROS. Bila kitorang scroll gallery, muka kau mostly mengundang dan bersama food hahahaha.. Ada la satu dua yang decent, tapi yang lain tu ya Rabbiiii....

I still remember that moment I was suspected to have dengue. Kau bagi aku makan ramen. Sengal tahu tak hahahahaha dah la aku demam. Tapi masa kau sakit kepala, aku tak mampu nak buat apa sangat. Aku mampu picit je.

Last week was like a trial session for us. Kau tak datang kelas, and biar aku ngan Jir duduk berdua. Kitorang makan berempat. And today, we felt just like last week, as if you're still alive.

I lost a good friend of mine.

Raihan Farhana, I love you. I love you. I love you. Thank you for all the memories. Our prayers will always be with you my dear.

Up to this moment, we miss you so much. We've done almost everything with you. And everywhere.

Take care Rai. Muncul dalam mimpi kitorang bila-bila?


Al Fatihah

Raihan Farhana binti Hj. Abu Samah
13 June 1995 - 18 April 2016